السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Khamis, Februari 02, 2012

D IAKHIR RIWAYAT KEKASIH ALLAH

Pagi itu Rasulullah S.A.W dengan suara terbatas-batas berkhutbah "Wahai umatku, kita semua dalam kekuasaan ALLAH SWT dan cinta kasihNYA maka taat dan bertaqwalah kepadaNYA. Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Siapa yang mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku"



Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah S.A.W yang tenang dan penuh minat menatap satu persatu sahabatnya. Saiyidina Abu Bakar r.a menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Saiyidina Umar AlKhattab r.a menahan nafas dan tangisnya. Saiyidina Usman Affan r.a menghela nafas panjang. Saiyidina Ali Abi Tholib KW menundukkan kepala.


Isyarat telah datang, saatnya telah tiba, " Rasulullah S.A.W akan meninggalkan kita semua" keluh hati para sahabat. Manusia tercinta itu hampir selesai tunaikan tugasnya. Tanda-tanda itu makin kuat. Saiyidina Ali dengan memeluk Rasulullah S.A.W yang lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah S.A.W masih tertutup. Di dalamnya baginda terbaring lemah dengan kening berkeringat membasahi pelepah kurma alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar salam, "bolehkah saya masuk?"


tanyanya.
Saidatina Fatimah AzZahra tidak mengizinkan masuk. "Maaf ayahku sedang demam." Dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya, "siapakah itu wahai anakku" "Tidak tahulah ayahku, sepertinya baru kali ini aku melihatnya" tutur lembut Saidatina Fatimah.


Rasulullah S.A.W menatap puterinya dengan pandangan yang mengetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah puterinya hendak dikenangnya.


"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara & dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut" kata Rasulullah S.A.W. Saidatina Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.


Ketika malaikat maut datang mendekat, Rasulullah S.A.W menanyakan kenapa Jibril a.s tidak menyertainya. Kemudian di panggilah Jibril a.s yang sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih ALLAH SWT ini.


"Wahai Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan ALLAH SWT" tanya Rasulullah S.A.W dengan suara yang teramat lemah.


"Pintu-pintu langit telah terbuka & para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu" kata Jibril a.s. Ternyata itu tidak membuat baginda S.A.W lega.


Matanya masih penuh gambaran kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril a.s.


"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"


"Jangan khuatir ya Rasul ALLAH, aku pernah mendengar ALLAH SWT berfirman kepada ku, KU haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali setelah umat Muhammad S.A.W telah berada di dalamnya" kata Jibril a.s

Detik-detik semakin dekat. Saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan roh Rasulullah S.A.W ditarik. Nampak sekujur tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini" Rasulullah S.A.W mengadu lirih.


Saidatina Fatimah terpejam. Saiyidina Ali KW yang berada di sampingnya menunduk semakin dalam. Jibril a.s memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah S.A.W pada malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapa yang sanggup melihat kekasih ALLAH diragut ajal" kata Jibril a.s. Kemudian terdengar Rasulullah S.A.W memekik kerana sakit yang tak tertahankan. "Ya ALLAH, dahsyat sungguh maut ini, bebankan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku!!!"


Badan Rasulullah S.A.W mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Saiyidina Ali KW segera mendekatkan telinganya, " Uushikum bis shalati, wa maa malakat aymanukum. Peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah diantara kamu"

Di luar pintu tangis pun mulai terdengar bersahutan. Sahabat saling berpelukan. Saidatina Fatimah menutupkan tangan diwajahnya. Dan Saiyidina Ali KW kembali mendekatkan telinga dibibir Rasulullah S.A.W yang mulai kebiruan, " Ummatii....ummatii....ummatii...,"

Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Betapa cinta Rasulullah S.A.W kepada kita umatnya & betapa sayangnya beliau S.A.W kepada umatnya yang belum pernah dilihatnya sekalipun






حج عبد الحليم



Selasa, Januari 24, 2012

BULAN RABIULAWAL ( MAULID NABI )

GANJARAN SELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW


RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud: "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata kepadaku. Berkata Jibrail, "Wahai Rasulullah, sesiapa yang membaca selawat ke atasmu setiap hari sebanyak 10 kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawa dia melintasi Titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail, "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka minum dari telagamu." Berkata pula Israfil, "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu." Malaikat Izrail pula berkata, "Mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh anbiya."

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: "Sesiapa berselawat atasku sekali, maka Allah akan membalasnya dengan sepuluh kali selawat." Sebahagian ulama muhaqqiqin (terdahulu) berkata, jika Allah berselawat atas hamba-Nya sekali saja sepanjang hidup hamba itu, nescaya selawat yang satu itu cukup menjadikannya mulia dan terhormat. Justeru, tidak dapat dibayangkan bagaimana beruntungnya manusia yang menerima sepuluh selawat daripada Allah, hanya dengan mengucapkan satu selawat ke atas Kekasih-Nya, Muhammad...

Kelebihan berselawat kepada Baginda dijelaskan dalam banyak hadis sahih yang lain, antaranya:- "Barang siapa berselawat ke atasku satu selawat, nescaya Allah akan membalasnya dengan sepuluh selawat, mengangkat kedudukannya sepuluh darjat, mencatatkan baginya sepuluh kebajikan dan menggugurkan daripadanya sepuluh kejahatan." - "Orang yang mendapat syafaatku (pertolongan) pada hari kiamat ialah orang yang banyak berselawat ke atasku." - "Sesiapa yang mengucapkan "Allahumma solli ala Muhammad (Ya Allah, Ya Tuhan! Sampaikanlah selawat atas Muhammad) dan kurniakanlah kepadanya kedudukan yang dekat kepada-Mu pada hari kiamat", maka dia pasti akan mendapat syafaat-Ku."

"Sesiapa yang berkata, "Semoga Allah membalas kebaikan atas Muhammad sepantas yang harus diterimanya dari pihak kami, nescaya Dia akan menyibukkan tujuh puluh malaikat selama seribu hari." - "Berselawatlah ke atasku di mana saja kamu berada, sesungguhnya selawat kamu itu sampai kepadaku.".

.Mengenai ganjaran menjawab selawat (salam), ada riwayat yang menyatakan bahawa setiap salam yang diucapkan oleh setiap Muslim akan beroleh balasan sepuluh salam pula daripada Allah sebagaimana balasanNya terhadap selawat. Antara hadis yang menjelaskan hal ini ialah:- "Hinalah orang, yang apabila (nama) aku disebutkan di hadapannya, maka dia tidak berselawat atasku."- "Sesiapa berpaling daripada berselawat ke atasku ketika aku disebutkan di depannya, kelak dia akan dipalingkan daripada jalan menuju syurga."

Rasulullah berpesan agar kita memperbanyak selawat terutama pada Jumaat. Ini bertepatan dengan hadis yang bermaksud: "Perbanyaklah berselawat ke atasku pada hari Jumaat, kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan kepadaku pada tiap-tiap hari Jumaat. Orang yang paling dekat kedudukannya kepadaku ialah orang yang paling banyak berselawat atasku."

Justeru, berdasarkan hadis ini, marilah kita memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad sebagai bukti kecintaan kita kepada Baginda. Semoga kita diberikan keredhaan Allah dan mendapat syafaat Rasulullah pada hari dan saat kita memerlukannya.




حج عبد الحليم

Rabu, Disember 14, 2011

JARUM SYAITAN DAN PENAWAR

10 Jarum Syaitan dan 10 Penawarnya



1- Tamak, rakus dan buruk sangka- Penawarnya adalah percaya dengan Janji Allah SWT dan memupuk sifat Qanaah dalam jiwa.


2- Panjang angan-angan- Penawarnya adalah dengan menyedarkan jiwa dengan kematian pasti datang secara tiba-tiba dan kita tidak tahu dimanakah kubur kita.


3- Keinginan untuk beristirehat dan nikmat- Penawarnya adalah mengingati segala nikmat akan hilang sekelip mata dan hisab di hadapan Allah SWT amatlah berat.


4- Ujub dan bangga diri- Penawarnya adalah kita tidak tahu siapakah diri kita sebenar, apakah Allah SWT menyenaraikan kita diantara mereka yang beruntung atau pun kita termasuk dalam golongan mereka yang rugi.


5- Meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka- Penawarnya adalah kita wajib menghormati mereka kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW serta orang mukmin tidak pernah meremehkan sesiapa pun.


6- Hasad dengki- Penawarnya adalah kita wajib berfahaman, sesungguhnya Allah SWT Amat Maha Adil dalam membahagi keperluan rezeki maka kita boleh berdengki dengan harta yang Allah SWT telah kurniakan kepada seseorang dengan penuh keadilan.


7- Riya’ dan pujian seseorang- Penawarnya adalah kita wajib bersifat dengan sifat Ikhlas dan tidak menerima pujian seseorang sehingga menimbulkan sifat yang boleh mensyirikkan Allah SWT kerana Allah SWT berfirman “ Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Allah SWT hendaklah beramal soleh dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun “.


8- Sifat Kikir atau Bakhil- Penawarnya adalah dengan menyedarkan diri bahawa semua ditangan kita akan binasa dan akan hilang, maka hendaklah kita mengimfaqkan harta tersebut kepada Allah SWT yang tidak akan binasa denga harapan harta atau pahala kita akan binasa seperti mana binasanya semua makhluk. Allah SWT telah berfirman ” Apa yang ada padamu akan rosak binasa dan apa yang ada di sisi Allah SWT akan kekal”.


9- Sifat Sombong- Penawarnya adalah sesungguhnya Allah SWTlah yang menjadikan kita dan semua yang kita miliki maka kenapa kita berbangga dihadapan Allah SWT atau di bumi Allah SWT dengan apa Allah SWT jadikan. Allah SWT telah berfirman ” Sesungguhnya kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu bersuku-suku serta berbangsa-bangsa supaya mereka kenal dan mengenali. bahawa sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah mereka yang paling bertaqwa “.


10- Sifat Tamak- Penawarnya adalah kita tidak boleh menaruh harapan untuk mengambil sesuatu daripada tangan orang lain, tetapi wajiblah kita menaruh harapan kepada Allah SWT dengan sesuatu yang kita harapkan dan mengambilnya daripada Tangan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT telah berfirman ” Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT , maka Allah SWT akan memberi kepada mereka jalan keluar dari segala kesempitan dan Allah SWT akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka






حج عبد الحليم

Rabu, Disember 07, 2011

GERHANA BULAN


GERHANA BULAN 10 DEC 2011 / 14 MUHARRAM 1433H

Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“.
(HR. Bukhari dari Abi Barkah).

Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf seperti ada di entri panduan
solat sunat gerhana.






حج عبد الحليم

Rabu, November 09, 2011

MUHARRAM



Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.


Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).


Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.


Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:
1.Malam Awal Muharram
2.Malam 10 Muharram
3.Malam Awal Rejab
4.Malam 15 Rejab
5.Malam 27 Rejab
6.Malam 15 Sya'ban
7.Malam Arafah
8.Malam 1 Syawal
9.Malam 10 Zulhijjah
10.Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Bersabda Rasulullah s.a.w.:


"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"


"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Se afdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" .

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang- orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan daripada Allah SWT, Insya –Allah

Wallahu Alam.


حج عبد الحليم

Rabu, Oktober 26, 2011

MARHABAN YA ZULHIJJAH

ZULHIJJAH YANG MABRUR

Zulhijjah menggamit lagi buat sekian kalinya menemui kita bersama-sama kelebihannya sebagaimana yang pernah disebut oleh Ketua Daulah Islam yang pertama di Madinah iaitu Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis. Zulhijjah merupakan bulan yang menghimpunkan beberapa ibadat yang tidak ada pada bulan lain iaitu ibadat haji, ibadat korban disamping solat, sedekah serta amalan berzikir sebagai mendekatkan diri kepada Allah 'azzawajalla. Zulhijjah juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa yang besar terutama bagi para jemaah haji iaitu mengenai pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail serta Siti Hajar dalam masalah korban, sai'e dari Sofa ke Marwah, tawaf dan lain-lain lagi. Kita juga diingatkan dengan peristiwa haji wida' (selamat tinggal) dan khutbah yang keluar daripada mulut yang mulia iaitu daripada Rasulullah S.A.W sendiri yang mana dalam khutbah ini terkandung dalamnya nasihat, wasiat dan amanah yang penting daripada baginda kepada para muslimin samada yang ada pada masa itu atau pun generasi seterusnya sehinggalah hari qiamat.


Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu.


- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan daripada imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Habban dan al-Baihaqi dengan sanad atau jalan berbeza -

Fadilat Bulan Zulhijjah


Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. telah menerangkan tentang fadilat puasa di bulan Zulhijjah iaitu:


Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam a.s. telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampuni oleh Allah.

Sunat bersedekah kepada kaum fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu dengan satu sedekah maka akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat dari bukit Uhud.

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah


Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:


1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Amalan Di Bulan Zulhijjah
# 1 hingga 9 Zulhijjah - Sunat berpuasa dan tidak memotong rerambut dibadan bagi peserta qurban.
# 8 Zulhijjah - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
# 9 Zulhijjah (Hari Wukuf di Arafah)

•Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
• Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
• Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
• Solat sunat qabliyah asar
• Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
• Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
• Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
• Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
• Solat sunat tasbih
• Solat sunat hajat
• Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
# 10 Zulhijjah(Hari Raya Haji/Korban)
• Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir Melakukan korban
# 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
• hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
# 29 atau 30 Zulhijjah
• Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.


 حج عبد الح



                                                                                                                                                                                                                                                       ليم

Selasa, Oktober 11, 2011

PANTUN NASIHAT PAK YAZID


Kalau berniaga janganlah rugi,
Kalau berkayuh janganlah patah,
Kini kita di atas bumi
Esok kita di kandung tanah.

Kalau tiba saatmu mati
Tidak guna menangis darah
Tinggal harta, anak dan isteri
Tinggal segala emas pertatah.

Rumah tinggal gedung pun tinggal
Tinggal juga usaha yang gigih
Kita menghadap Tuhan yang tunggal
Hanya berguna amal yang soleh.

Jangan suka banyak berdalih
Hidup asyik minum dan makan,
Jika tidak beramal soleh
Rugilah kita sepanjang zaman.

(Sebahagian pantun Ustaz Yazid Jaafar Pak Yazid) -pendakwah terkenal dari Kg. Baru pada tahun 1980'an dan 1990'an. Di doa Allah SWT. memanjangkan umur Pak Yazid dalam keberkatan dan kesihatan yang baik.)

kutipan dr sahabat,al-faqir
حج عبد الحليم

Khamis, September 29, 2011

SUTRAH: SUNNAH YG DILUPAKAN


1) Rasulullah SAW berdiri berhampiran dengan sutrah, dan jarak di antara Rasulullah SAW dan sutrah pembatas (sutrah) di hadapannya ialah 3 hasta (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)


2)Jarak di antara tempat sujud dengan sutrah itu ialah cukup untuk dilalui seekor anak kambing (al-Bukhari dan Muslim)


3) Sabda Nabi SAW: Janganlah kamu solat tanpa memasang sutrah dan janganlah engkau membiarkan seseorang lalu di hadapan kamu. Sekiranya dia tetap mahu menlintas di hadapan kamu, maka lawanlan dia kerana dia ditemani syaitan
(Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya, sanadnya Jayyid)


4) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sutrah, hendaklah dia mendekati sutrahnya sehingga syaitan tidak dapat memutuskan solatnya (Abu Daud, al-Bazzar, dan al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya dan disetujui oleh adz-Dzahabi dan an-Nawawi)


5)Kadangkala baginda saw memilih berhampiran tiang yang ada di dalam masjidnya


6) Apabila baginda saw bersolat (di tempat terbuka yang tiada sesuatupun yang membatasinya), baginda SAW mencacakkan tombak di hadapannya, lalu solat menghadap tombak tersebut, sedang para manusia bersolat di belakangnya (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)


7) Kadangkala baginda SAW melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW solat menghadap haiwan tersebut.
(al-Bukhari dan Ahmad)


8)Kadangkala baginda SAW solat menghadap ke tempat di mana Aisyah RA tidur.
( al-Bukhari, Muslim dan Abu Ya’la)


9) Satu ketika, ketika baginda SAW sedang bersolat, seekor anak kambing melintas di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW maju mendahuluinya sehingga perutnya menyentuh dinding (sehingga anak kambing tersebut lalu dibelakangnya). (Ibn Khuzaimah, Thabarani, dan al-Hakim. Di sahkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi)


10) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sesuatu yang membatasinya daripada manusia, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya, hendaklak kamu tolak sejauh kemampuan kamu sebanyak dua kali. Jika dia berkeras melakukannya (untuk melintas) hendaklah kamu melawannya kerana dia adalah syaitan.
 (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Khuzaimah)

(untuk perkongsian bersama)

حج عبد الحليم

Selasa, September 20, 2011

ULAMAK


Secara bahasa, kata ulama adalah bentuk jamak dari kata ‘aalim. ‘Aalim adalah isim fail dari kata dasar:’ilmu. Jadi ‘aalim adalah orang yang berilmu. Dan ‘ulama adalah orang-orang yang punya ilmu.


Al-Quran memberikan gambaran tentang ketinggian derajat para ulama,
Allah meninggikan derajat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan ilmu (ulama) beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Selain masalah ketinggian darjat para ulama, Al-Quran juga menyebutkan dari sisi mentalitas dan karakteristik, bahwa para ulama adalah orang-orang yang takut kepada Allah. Sebagaimana disebutkan di dalam salah satu ayat:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[orang yang berilmu]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ( Fathir: 28)
Sedangkan di dalam hadits nabi disebutkan bahwa para ulama adalah orang-orang yang dijadikan peninggalan dan warisan oleh para nabi.

Dan para ulama adalah warisan (peninggalan) para nabi. Para nabi tidak meninggalkan warisan berupa dinar (emas), dirham (perak), tetapi mereka meninggalkan warisan berupa ilmu.(HR Ibnu Hibban dengan derajat yang shahih)

“Bahwa Ulama adalah warisan Nabi”.
Padahal jika ditinjau lebih jauh bahwa Rasulullahpun memiliki ilmu politik, ekonomi, ilmu perang, dsb… begitu juga dengan Masa khalifah berikutnya.








حج عبد الحليم

Ahad, Ogos 28, 2011

AMALAN SUNAT EDUL FITRI


Edul fitri ialah hari merayakan kejayaan bagi orang-orang yang melaksanakan puasa, melakukan solat tarawih dan ibadah-ibadah lain. Kita meraikan kemenangan melawan dan mendidik nafsu. Justeru, marilah sama-sama kita hiasi Syawal ini dengan amalan berteraskan sunnah dan syiar Islam agar kita terus beroleh ganjaran pahala dan keampunan.

Antara amalan-amalan yang dituntut ketika menyambuat Hari Raya Edul fitri ialah :-

1. Memastikan menyempurnakan zakat fitrah bagi diri sendiri dan tanggungan.

2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya. Ingatlah empat malam istimewa seorang hamba beribadah kepada Allah. Allah akan melipatgandakan ganjaran pahalanya, apabila memohon taubat diampunkan dosanya dan apabila berdoa dimakbulkan doanya iaitu malam Nifsu Syaaban, malam pertama ‘Idul Fitri, malam pertama ‘Idul Adha dan malam Arafah.

3. Memperbanyakkan bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah. Lazimilah mulut kita dengan kalimah Takbir ‘Idul Fitri.

4. Menghiaskan diri dan tempat agar kelihatan bersih dan indah.

5. Mandi sunat Idul Fitri pada pagi hari raya dengan niat : “Sahaja Aku Mandii Sunat Idul Fitri Kerana Allah Taala”

6. Memakai pakaian yang baru/bersih sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Taala

7. Mengelakkan pembaziran ketika menyambut hari raya dengan persiapan yang sederhana.

8. Memakai wangi-wangian pada pagi hari raya.

9. Menjamah makanan sebelum menuju ke surau atau masjid. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Daripada Buraidah, berkata ia, adalah Rasulullah SAW tidak keluar rumah pada hari raya fitrah kecuali selepas ia makan dan ia tidak makan pada hari raya adha kecuali selepas kembali ke rumah”

10. Memohon keampunan dan bermaafan-maafan dengan ibubapa, suami isteri, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya.

11. Disunatkan pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berlainan dan lebih afdal berjalan kaki jika ia tidak terlalu jauh. Rasulullah SAW bersabda yang beremaksud : “ Dari Abi Hurairah, berkata ia, adalah Nabi SAW keluar pada hari raya dan kembali dengan jalan yang lain dari jalan ia keluar daripadanya”

12. Menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan

13. Ziarah menziarahi kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Hubungkanlah silaturahim ke atas mereka yang telah memutuskan hubungan dengan kamu dan berbuat baiklah ke atas sesiapa yang berbuat kejahatan terhadap kamu”

14. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu menyebabkan dipanjangkan umur, mengelak mati dalam kehinaan, menghilangkan perasaan takabbur dan bangga diri (Riwayat Tabrani)

15. Mengelak sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah oleh syarak seperti pesta hiburan melampau, pergaulan bebas tanpa batas seperti menonton wayang, menganggu ketenteraman awam dengan merempit dan lain-lain lagi.

Hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Walaupun...hari raya lambat lagi..
Ana nak ucapkan Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin....

حج عبد الحليم