السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Jumaat, April 30, 2010



SENJATA WUDUK

Hikmah membasuh kedua tangan.
Ya Allah semoga daku menerima buku catitan amalanku dengan tangan kanan.

Hikmah Berkumur.
Ya Allah tetapkanlah lidahku dalam mengucap dua kalimah Shahadah.


Hikmah Memasukkan air kedalam lubang hidung.
Ya Allah semoga hidungku dapat mencium bau Syurga.


Hikmah mengeluarkan air dari lubang hidung.
Ya Allah lepaskan daku dari mencium bau buah zakum dalam neraka.


Hikmah membasuh muka.
Ya Allah putihkanlah wajahku disaat Engkau menghitamkan muka-muka yang mengingkari perintahmu.


Hikmah membasuh kedua tangan sehingga ke siku.
Tangan Kanan : Ya Allah jadikan daku dari golongan yang mendapat keistimewaan.
Tangan Kiri : Ya Allah jauhkan daku dari golongan yang Engkau murkai.

Hikmah membasuh kepala.
Ya Allah lindungilah tengkuk dari api neraka tetapi jadikan daku dari golongan orang mukmin.


Hikmah membasuh kedua kaki.
Ya Allah jangan gelincirkan tapak kakiku semasa di atas Sirat Al-Mustaqim.


حج عبدل حاليم

Ahad, April 25, 2010

Penghulu Imam


Imam Al-Muzani berkata: "Aku bertanya kepada Imam Syafi'e : " Kenapa anda bertongkat sedangkan anda bukanlah seorang yang lemah". Imam Syafi'e menjawab: " Aku  melakukan semua ini supaya aku selalu ingat bahawa aku adalah seorang musafir yang sedang menuju kepada Allah".

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
Kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
Kepada kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
Kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kepada mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
Kepada sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
Kepada Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kepada Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
Kepada  Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
Kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


حج عبدل حاليم

Sabtu, April 17, 2010

MAJLIS ILMU

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Rabu, April 14, 2010


3 Cara Mengalahkan syaitan


1. Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.


2. Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.


3. Berzikir dengan lisan dan hati.

قال ارسول صلى الله عليه وسلم

إن ذكر الله تعالى فى جنب الشيطان كألآكلة فى جنب ابن آدم

” Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.


Wasiat Imam Ghazali.

Isnin, April 12, 2010


4 Anugerah Allah Kepada Orang Sakit


Rasulullah SAW bersabda(marhumnya): bagi orang sakit empat kelebihannya:

1. Qalam yang mencatit amalannya, tidak akan mencatit amalan kejahatannya tetapi akan mencatit amal kebaikkan selama ia sakit.
2. Allah menyuruh para Malaikat mencatit amal kebaikkannnya semasa dia sihat dahulu,walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.
3. Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.
4. Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya.





حج عبدل حاليم