السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Selasa, Oktober 27, 2009

10 Golongan manusia solat tidak diterima Allah


“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”


1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.Orang lelaki yang melarikan diri.
5.Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat )
6.Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung di luar solat.
8.Iman atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.Orang yang suka makan riba.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan yang
keji dan mungkar.


“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji
dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan ALLAH dan
jauh daripada ALLAH.”

Khamis, Oktober 22, 2009

Bismillah

Allahummasolli' alamuhammad wa'alaalimuhammad Salamun 'alaikum
Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur?an!? demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:


17.16 (QS. Al Israa? ayat 16): ?Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. ?


17.58 (QS. Al Israa? ayat 58): ? Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).?


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya. ? Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.

Selasa, Oktober 20, 2009

Rasulullah S.A.W bersabda, (maksudnya)

“Lima perkara termasuk fitrah adalah mencukur bulu kemaluan,berkhatan,memotong misai ,mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.”

(H.R Muslim )

Rasulullah S.A.W bersabda, (maksudnya)

“Sudah ditentukan bagi kami waktu mencukur misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak serta mencukur bulu kemaluan ,iaitu tidak boleh lebih dari 40 hari”.


(H.R Anas )

Abu Hurairah menyatakan sabda Rasullullah S.A.W,

“Cukurlah misai, panjangkan janggut dan jangan menyerupai orang Majusi.”

(H.R Muslim )

disebut oleh Ibnu Omar R.A, Rasulullah bersabda,

“ Janganlah kalian menyamai orang-orang musyrik. Panjangkan janggut dan cukurlah misai

(H.R Bukhari dan Muslim )

Kutipan dr Kitab solat & keajaiban

Rabu, Oktober 14, 2009

KEUTAMAAN AZAN

"Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat pd Adzan dan Shaf pertama kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali mereka akan mengundinya.
Seandainya mereka mengetahui pahala yg terdapat dlm bercepat-cepat untuk mendatangi tempat solat nescaya mereka akan cepat-cepat mendatanginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Para muadzdzin adalah orang-orang yang paling panjang lehernya pada hari ."(Riwayat Muslim )


"Apabila terdengar seruan solat (adzan) maka larilah setan datang lagi dan ia menguatkan kentutnya sehingga org tidak mendengar adzan.Bila terdengar Iqamah, setan itu lari sampai selesai.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

"Doa yang diucapkan diantara Adzan dan iqamah itu tidak akan ditolak"
(Riwayat Abu Daud dan At Turmudzy)

HAHACEM

( SENYUM ITU SEDEKAH )

Selasa, Oktober 13, 2009

Keutamaan Wuduk


"Sesungguhnya pada hari Qiamat nanti umatku akan dipanggil dalam keadaan putih cemerlang dari bekas Wuduk" (Riwayat Bukhari dan Muslim )

"Perhiasan orang mukmin nanti(pada hari Qiamat) akan sampai pada batas di mana ia berwuduk" (Riwayat Muslim)

"Barang siapa yang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya maka dosa-dosanya akan keluar sehingga keluar dari bawah kuku-kukunya" (Riwayat Muslim )

"Bersuci itu sebahagian dari iman" (Riwayat Muslim )

"Barang siapa yang berwuduk seperti ini maka diampunilah dosanya yang telah lalu"
(Riwayat Muslim )

RIYADHUS SHALIHIN
حخ عبدل حاليم

Isnin, Oktober 12, 2009

KENAPA DOA TAK DITERIMA

Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al- Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

HAHACEM

Jumaat, Oktober 09, 2009

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yangbermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam- macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud."Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syuraMa'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipunaku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engk! au miliki,lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidakakan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar! di dalam bulan Ramadhan.* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Wallahualam



HAHACEM
RAHSIA SOLAT DAN WARNA DISEBALIKNYA

Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha).

Zohor. warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Asar.Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kitaMaghrib.Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Isyak.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …?...
HAHACEM