السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.
رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .
Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.
Jumaat, Mei 28, 2010
Permata di Jari
Permata di anggap anak. Pemegang permata dipanggil “kuku ibu” atau “bungkus ibu” laksana seorang ibu mendukung atau mengendong seorang anak. Kuku atau bungkus tersebut bersambung ke “tubuh ibu” dan di panggil “baloh”. Baloh adalah “rumah kecil” digunakan sebagai tempat menyimpan dan melindungi sesuatu. Tubuh manusia dikiaskan sebagai rumah. Permata (anak) disimpan dan dilindungi oleh baloh (ibu). Diri manusia adalah seperti sebuah rumah. Isteri (perempuan) adalah ketua (pengurusan anak) di rumah, suami (lelaki) ketua keluarga. Rumah disediakan oleh suami (lelaki). Isteri adalah hak suami. Suami bertanggungjawab melindungi isteri dan anak. Manakala isteri bertanggungjawab melindungi anak untuk suami. Cincin disarung ke jari oleh pemakainya (pemiliknya) sebagai perhiasan yang indah, bernilai dan bermanfaat. Isteri adalah perhiasan bagi suami. Pemakai cincin umpama lelaki (suami) yang akan menjaga cincin (isteri) dan permatanya (anaknya) daripada rosak atau hilang. Manakala cincin umpama isteri (perempuan) yang sentiasa menjaga (memegang) permata (anak) daripada terjatuh bagi pihak pemakainya (suaminya). Manakala permata umpama anak. Seorang perempuan, dialah isteri kepada seorang suami dan dialah ibu kepada anak-anaknya.
Anak (permata) ada yang jantan dan ada perempuan. Permata “jantan” bentuknya timbul (kemuncak batu tinggi), manakala permata “betina” bentuk leper (leseh)
Orang yang memiliki cincin dikatakan orang yang telah mempunyai pasangan hidup. Memakai di jari kiri sebagai tanda telah menanda seseorang. Memakai disebelah kanan sebagai tanda telah memiliki dan dimiliki
Isteri umpama rakyat yang berkhidmat kepada raja. Manakala suami umpama raja yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Jari kelingking dinisbahkan sebagai rakyat (Jari Manis = orang alim/sabar, jari hantu = syaitan/iblis/hantu, jari telunjuk = kapitan raja/penasihat, ibu jari = raja/ketua) . Bagi seorang raja (bakal suami) untuk mengetahui/mengukur rakyat (bakal isteri) beliau atau tidak adalah dengan mengukur saiz jari kelingkingnya. Cincin tanda pertunangan juga diukur dengan saiz jari kelingking si lelaki. Saiznya sama dengan saiz jari Manis cébela kiri si perempuan. Pengantin baru dipanggil Raja Sehari.
Petikan/Susunan:
Samudera_jauhari.....daripada orang tua-tua kita.
حج عبدل حاليم
Isnin, Mei 17, 2010
JUDI HALAL , JUDI HARAM PERBUATAN SYAITAN
Di dalam Islam, keharaman judi adalah qat’ie. Ia disebut dengan jelas oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya,
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan”
al-Ma’idah 90
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung”
an-Nahl 116
Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir” al-Ma’idah 44
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan”
an-Nisa’ :65
“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.”
[HR Muslim].
“Akan ada para amir (penguasa), maka kalian (ada yang) mengakui perbuatan mereka, dan (ada yang) mengengkari perbuatan mereka. Siapa sahaja yang mengakui tindakan mereka (kerana tidak bertentangan dengan syara’), maka dia tidak diminta pertanggungjawabannya, dan siapa saja yang mengengkari perbuatan mereka (kerana bertentangan dengan syara’) maka dia selamat. Tetapi siapa saja yang redha (dengan tindakan mereka yang bertentangan dengan syara’) serta mengikuti mereka, maka dia berdosa...”
[HR Muslim].
“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan”
[HR Ahmad].
Khatimah
Bangkitlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Bersihkanlah diri dan masyarakat kita dari segala keburukan dan kemungkaran. Buanglah punca kemungkaran tersebut, nescaya kalian dan umat Islam keseluruhannya akan menjadi bersih dan mulia. Yakinlah bahawa kemungkaran yang melingkungi kita semua pada hari ini tidak akan dapat diubah kecuali dengan menghancurkan sistem kufur dan akar-akar kekufuran yang telah lama bertapak di negara kita dan negara kaum Muslimin lainnya. Kita tidak mahu berada di bawah pemimpin yang melakukan perbuatan syaitan. Selagi masih ada sisa-sisa usia yang Allah kurniakan kepada kita ini, marilah kita sama-sama berusaha untuk menegakkan Khilafah Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah, sebuah Daulah Islam yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, yang dengannya segala kemungkaran dapat dijungkirbalikkan dan digantikan dengan kebaikan dan kemuliaan. Sesungguhnya pemerintahan ini wajib berada di tangan seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa yang akan menerapkan hukum menurut apa yang Allah turunkan. Dan Khalifah ini tidak akan terwujud kecuali kita semua berusaha mewujudkannya dengan jalan yang telah ditempuh oleh para sahabat yang kita kasihi.
حج عبدل حاليم
Rabu, Mei 12, 2010
Bala dari Allah
Cuaca panas sekarang termasuk dalam hadis Rasulullah SAW
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak ditimpa bala:
1. Apabila harta rampasan bertukar tangan.
2. Apabila amanah dianggap satu keuntungan.
3. Apabila zakat dianggap sebagai denda.
4. Apabila suami mentaati kata isteri (suami yang dayus).
5. Apabila Ibu diderhakai.
6. Apabila kawan lebih diutamakan.
7. Apabila bapa diabaikan.
8. Apabila masjid tidak lagi dihormati, suara-suara sumbang kedengaran di masjid.
9. Orang yang tidak bermaruah memimpin negara.
10. Melantik orang bodoh sebagai pemimpin bangsa.
11. Apabila orang jahatdimuliakan kerana takut kepadanya.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila lelaki meminum arak.
14. Apabila penyanyi wanita didewa-dewakan.
15. Apabila umat zaman tersebut melaknat umat terdahulu.
حج عبدل حاليم
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak ditimpa bala:
1. Apabila harta rampasan bertukar tangan.
2. Apabila amanah dianggap satu keuntungan.
3. Apabila zakat dianggap sebagai denda.
4. Apabila suami mentaati kata isteri (suami yang dayus).
5. Apabila Ibu diderhakai.
6. Apabila kawan lebih diutamakan.
7. Apabila bapa diabaikan.
8. Apabila masjid tidak lagi dihormati, suara-suara sumbang kedengaran di masjid.
9. Orang yang tidak bermaruah memimpin negara.
10. Melantik orang bodoh sebagai pemimpin bangsa.
11. Apabila orang jahatdimuliakan kerana takut kepadanya.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila lelaki meminum arak.
14. Apabila penyanyi wanita didewa-dewakan.
15. Apabila umat zaman tersebut melaknat umat terdahulu.
حج عبدل حاليم
Langgan:
Catatan (Atom)

