السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Sabtu, Januari 16, 2010


AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR

Sabda Nabi SAW: (marhunnya)
“Sesiapa yg menyaksikan sesuatu munkar, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tiada berkuasa maka dengan lisannya.Jika tiada berkuasa juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian adalah selemah-lemah iman”

“Orang yang lebih taqwanya kepada Tuhan, sangat suka berhubung silatur rahim, bergiat menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat.”

Firman ALLAH,
“Wajiblah ada diantara kamu sesuatu umat (golongan ) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang2 yang berjaya (bahagia).”
( Ali Imran :104 )

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengah mereka menjadi pemimpin kepada yang lain, mereka menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari mengerjakan yang jahat.”
( At- Taubah :71 )

“Bersikap lemah lembut terhadap terhadap orang-orang yang beriman dgn bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah tanpa merasa gentar terhadap celaan orang yang mencela”
( Al- Maidah 54 )

DALAM MENEMPUH JALAN ITU HENDAKLAH SENTIASA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH TA’ALA SERTA BERSABAR, SESUNGGUHNYA BUMI INI DIWARISKAN ALLAH KEPADA SESIAPA YANG DISUKAINYA (ALLAH) DARI PARA HAMBANYA(ALLAH), DAN KESUDAHAN YANG BAIK BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.




(kutipan Al-Quran & Hadith saheh:Nasihat agama wasiat iman )

Rabu, Januari 06, 2010

WUDUK


WUDUK
Surah Al-Maidah 6


Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah :-Membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.


# Memulihkan tenaga yang hilang dari badan kita akibat aktiviti fizikal selain peranan membersihkan dosa
# Segala caj negatif akibat perbuatan dosa juga dapat dihilangkan dengan wuduk.
# Mengosok anggota badan memperbaharui jaringan otak dan secara berterusan membantu melancarkan peredaran darah.
# Wajah akan berseri, fikiran tidak kusut dan dijauhkan berbagai penyakit dengan berwuduk.
# Salah satu rahsia bagaimana umat Islam kekal cergas dan bertenaga adalah kerana Wuduk
# Kesan radiasi daripada computer menyebabkan kerosakan aliran tenaga dalam tubuh kita ,berwuduk dapat membersihkan tubuh kita.
# Wuduk memjadikan org muslim bersemangat Sabda Rasullulallah SAW “sesiapa berwuduk dgn baik, dosa-dosanya akan keluar dari tubuhnya hingga dosa-dosa itu keluar dari bawah kuku” (H.R Muslim)
# Anggota-anggota kita sepanjang hari akan terkena jangkitan kuman yang ada diudara yang jumlahnya sehingga berjuta –juta cm3 banyaknya ,kuman2 ini sedia menyerang tubuh manusia melalui kulit , dengan berWUDUK bakteria tidak lagi melekat pada kulit kecuali Allah kehendaki.
# Suhu badan manusia normal 37 oC , Rasullullah mendorong umatnya supaya berwuduk dan menganjurkan supaya sisa air wuduk tak perlu dilapkannya , amalan ini menurunkan suhu badan, Hadis baginda “ Deman adalah panas lebihan Jahanam, maka dinginkanlah dengan air.”



# BERKUMUR- berfungsi menjaga kebersihan mulut dan gigi dari sisa makanan yg terlekat di celah-celah gigi., disamping wajah akan sentiasa berseri dan jiwa kita akan sentiasa tenang.
# MEMBASUH HIDUNG – Tidak dinafikan lubang hidung tempat yg sering dihinggapi kuman dan virus, tetapi dengan amalan memasuk dan mengeluarkan air kedalam lubang hidung ketika berwuduk akan menjadi bersih dan bebas daripada radang akibat serangan kuman dan bacteria berbahaya.
# BASUH MUKA DAN KEDUA TAPAK TANGAN- kotoran dicelah-celah tangan kita akan dibersihkan cara mengosokkannya dengan perlahan-lahan, mengosok memberikan ketenangan kepada seluruh anggota badan, inilah salah satu rahsia bagaimana orang berwuduk akan sentiasa dalam keadaan tenang.

Rasululallah SAW bersabda ( marhumnya) ”sesiapa berwuduk dan menyempurnakan wuduknya dgn membasuh tangan dan wajahnya, mengusap kepala dan telinganya kemudian berdiri melaksanakan solat fardhu, dosa-dosanya yg dilakukan pada hari itu diampuni, dosa kedua kaki yang digunakan untuk berjalan , dosa kedua tangan yang digunakan untuk memegang, dosa kedua telinga digunakan untuk mendengar, dosa kedua mata digunakan untuk melihat dan keburukan yang terjadi pada dirinya”

( H.R Ahmad drpd Abi Umamah )

"Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-

1.Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3.Tidak tergila-gilakan dunia
4.Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5.Tinggalkan sifat berbangga
6.Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.Meninggalkan sifat dengki


Allahu alam

Jumaat, Januari 01, 2010

BULAN DAN MATAHARI



Muharram

ertinya yang "diharamkan' atau 'dipantangkan' kerana dalam bulan ini dilarang dari menumpahkan darah.
Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya..

Safar

ertinya 'kosong' atau 'kuning'. Dalam bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada berperang, berniaga,mengembara dan sebagainya.

Rabiulawal

ertinya 'penetapan pertama'.Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.

Rabiulakhir

ertinya 'penetapan terakhir'.Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.

Jamadilawal

ertinya 'kering' atau 'beku'.Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumur, sungai, lembah dan tasik menjadi kering.


Jamadilakhir

ertinya 'peng-habisan' atau 'kering yang penghabisan' .
Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang penghabisan atau yang terakhir.

Rejab

ertinya 'mulia' Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan inidengan 4 cara iaitu,
a) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda pengorbanan.
b) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang danmalam supaya dapat beribadat sepuas-puasnya.
c) Tanggal 10 Rejab mereka akan kembali menyembelih korban tetapitidak lagi anak unta Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam.
d) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan inijuga telah dibatalkan.

Syaaban

ertinya 'berserak-serak' . Dalam bulan ini orang Arab zaman dahuku akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sbgnya untuk mencari air disebabkan oleh kekeringan.
Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.

Ramadhan

ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'.Cuaca dalam bulan ini diJazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur.
Sabda Rasulullah, "bulan inijuga dapat membakar dosa-dosa lalu".

Syawal ertinya'naik'.
Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki unta dan ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan initidaklah berlaku sedemikian.

Zulkaedah erti 'yang empunya duduk'.
Dalam bulan ini semua orang lelakia kan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir ataumengembara.

Zulhijjah ertinya 'yang empunya haji'.
Dalam bulan ini semua umatmanusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermuka dari zaman Nabi Adam sehinggalah sekarang.

wallahua'lam.....


Bulan-Bulan Masehi*


1. Januari – berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.*


2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.*


3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.*


4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* kerana menghormati tuhan musim panas (summer).*


5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.*


6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.*


7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.*


8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.*


9. September – berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.*


10. Oktober – berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.*


11. November – berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.*


12. Disember – berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.



Nama Asal Hari-Hari Masehi*


1. Sunday – berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari (dewa Sun).*


2. Monday – berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.*


3. Tuesday – berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.*


4. Wednesday – berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.*


5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.*


6. Friday – berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.*


7. Saturday – berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.