السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Khamis, November 29, 2012



6 Hikmah disebalik Ujian Allah SWT


1. memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan menguatkan hati kita

2. sadar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.

3. bebas dari rasa ‘ujub, kesulitan adalah bisa saja sebagai teguran karena kita merasa bisa dan merasa pintar

4. tidak lalai, sudah nyata kesulitan ada dihadapan kita

5. lebih banyak mengingat Allah SWT

6. lebih bersabar, karena mungkin saja kesulitan ini adalah latihan bersabar





حج عبد الحليم


Ahad, November 04, 2012

SELAMAT TAHUN BARU




1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.


2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)





حج عبد الحليم

Selasa, September 18, 2012

MENGATASI MASAALAH HIDUP

PENCINTA NABI SAW

8 Cara terbaik mengatasi permasalahan hidup


1- Mengatasi permasalahan kesihatan adalah dengan puasa.

2- Menghasil wajah yang bervahaya adalah memperbanyakkan Qiamul Lail.

3- Melembutkan hati dengan membaca Al-Quran.

4- Menghasil kebahagiaan hidup dengan menjaga solat.

5- Keluar daripada permasalahan dengan memperbanyakkan Istighfar.

6- Menghilang kekecewaan dengan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT.

7- Menghapuskan kesusahan dengan memperbanyakkan bacaan
” La Haula Wala Quawata Illa Billah “.

8- Menghasilkan hidup yang berkat dengan memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.




حج عبد الحليم

Rabu, Ogos 29, 2012



Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

HUALLAHHUALAM




حج عبد الحليم

Ahad, Ogos 12, 2012

sunnah d aidil fitri





Lafaz Ucapan Hari Raya


Lafaz ucapan hari lebaran seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dalam meneladani sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan
‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

( Kitab Fath al-Bari)

Justeru, mulai daripada syawal 1433h pada tahun ini, adalah tidak salah kita mulakan lafaz hari lebaran dengan ucapan indah yang bertepatan dengan anjuran sunnah Rasulullah S.A.W.




حج عبد الحليم

Khamis, Julai 05, 2012




Ramadhan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW sering berdoa bermaksud, „Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya‟aban dan sampaikan kami Ramadhan.‟ Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan ‘Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

Bulan Ramadhan menyingkap beberapa peristiwa yang besar untuk kita sama-sama hayati dan teladani bersama di mana pada bulan yang mulia inilah diturunkan Al-Quran yang menjadi panduan kita pada hari ini. Selain itu, berlakunya perang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar yang menyaksikan kemenangan umat Islam walaupun bilangan tentera Islam ketika itu hanya 313 orang berbanding tentera musuh 1000 orang. Di Bulan Ramadhan juga, Kota Mekah dapat ditawan dan dibuka kembali. Kesucian Kota Mekah dapat dirampas kembali dengan pertolongan Allah S.W.T..




حج عبد الحليم




Rabu, Mei 23, 2012

Selamat tinggal Malaysia

rindu mu Rasulluallah
Rejab datang, syaaban menyengguk.Ramadhan.

حج عبد الحليم

Selasa, Mei 08, 2012

RINDU MU YA RASULLULLAH



Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.



حج عبد الحليم

Rabu, April 11, 2012

Apa dan Siapa Habib Umar bin Hafidz?


Nasab beliau adalah: Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Abdullah bin Abibakar bin Idrus bin Husein bin Syeikh Abibakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi bin Faqihil Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Sahib Mirbat bin Ali Khali‘ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidallah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali Al-Uraidi bin Jakfar Ash-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib suami Fatimah Az-Zahra binti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.



Sorot matanya tajam, raut mukanya tampak bercahaya, bibirnya tersenyum mengembang, janggut merahnya hampir menutupi leher. Itulah ciri fisik Habib Umar bin Hafidz yang khas. Suaranya yang lantang, badannya yang tegak dengan dibalut jubah dan sorbannya yang dikenakan semakin menambah kewibaannya. Pribadinya santun dan rendah hati. Beliau memiliki akhlak yang terpuji dan memberikan contoh yang diajarkan Rasulullah dengan perilaku yang nyata pada dirinya. Beliau adalah berkah bagi kaum muslimin saat ini. Nasab beliau adalah: Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Abdullah bin Abibakar bin Idrus bin Husein bin Syeikh Abibakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi bin Faqihil Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Sahib Mirbat bin Ali Khali‘ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidallah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali Al-Uraidi bin Jakfar Ash-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib suami Fatimah Az-Zahra binti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Habib Umar lahir di Kota Tarim, sebuah kota yang terkenal dengan sebutan “Kota Seribu Wali”. Sebutan itu tidaklah mengada-ada bagi kota tertua di Negeri Hadramaut wilayah Yaman Selatan ini. Dari sinilah banyak bermunculan para auliya’, orang-orang shaleh, ulama yang ikhlas dan mengamalkan ilmunya ke seantero penjuru bumi. Mereka terdiri dari golongan kaum yang dekat dengan Allah. Salah satunya adalah Habib Umar bin Hafidz yang lahir di Tarim pada hari Senin, 4 Muharram 1388 H bertepatan dengan 27 Mei 1963 M, sebelum fajar.

Beliau dibesarkan dalam lingkungan yang penuh dengan cahaya keilmuan yang diwarisi dari para keturunan suci dan mulia. Di kota inilah beliau tumbuh dalam didikan keluarga yang penuh dengan keimanan, ketakwaan, ilmu dan akhlak yang luhur. Sedari kecil beliau ditanamkan nilai-nilai kebajikan yang bersumber dari Al-Qur’an dan sunah Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam. Beliau tumbuh dalam lingkungan Ahlussunnah wal jama’ah, yang bermadzhabkan Syafi’i dengan Thariqah Bani Alawi, sebagaimana para leluhurnya yang mulia.

Guru pertama beliau tak lain adalah ayahnya sendiri Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz, seorang Mufti Kota Tarim yang juga merupakan pejuang. Ayahnya adalah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidupnya demi tersebarnya syiar Islam, berani mengatakan kebenaran dan mengajarkan hukum-hukum suci nan mulia dalam Islam.

Pada saat itu negeri Yaman Selatan dikuasai oleh Uni Soviet yang berfaham komunis dan anti agama. Musuh utama mereka adalah para ulama Islam yang merupakan penghalang besar bagi penyebaran ideologi mereka. Melihat sepak terjang Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz (ayah Habib Umar), Komunis menganggap beliau merupakan batu sandungan mereka. Maka pada suatu waktu dalam masjid, ketika Habib Umar sedang menemani ayahnya untuk menunaikan Shalat Jumat, Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz diculik oleh gerombolan komunis, kain Habib Umar kecil pun kemudian pulang ke rumahnya sendirian dengan membawa rida’ milik ayahnya. Sejak saat itu Habib Umar tak pernah lagi melihat sang ayah hingga saat ini.

Semenjak kecil, Habib Umar tumbuh menjadi seorang Yatim. Namun keyatiman beliau tidak menghalangi sedikitpun langkahnya untuk menuntut ilmu. Memang jika kita pelajari jejak langkah para ulama dan habaib terdahulu, khususnya yang berada di Kota Tarim, mereka tidak khawatir akan masa depan pendidikan anak-anaknya, bilamana mereka meninggal dan anak-anaknya masih kecil..Hal itu tidak lain karena mereka telah melakukan kaderisasi serta mujahadah dan doa yang tulus, agar kelak para keturunannya dapat istiqamah mengikuti ajaran dan tuntutan para pendahulunya yang telah dicontohkan oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam.

Semua itu juga didukung oleh lingkungan yang kondusif di Kota Tarim yang aman dari segala bentuk kemaksiatan. Jadi tidaklah mengherankan, jika kemudian Habib Umar kecil yang yatim kemudian tumbuh menjadi sosok pemuda yang gemar mempelajari ilmu-ilmu keislaman. Bakat dan kecerdasan beliau yang merupakan hasil didikan ruhani dan jasmani dari ayahanda dan para gurunya telah menjadikannya mampu menghafal Al-Qur’an pada usia yang sangat muda dan juga menghafal berbagai teks matan ilmu fiqih, hadis, bahasa Arab dan berbagai ilmu keislaman lainnya.

Guru-guru beliau yang berada di Kota Tarim : 1. Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz.(Ayah, sekaligus guru utama beliau) 2. Al-‘Allamah Al-Habib Muhammad bin Alwi bin Syihabuddin. 3. Munshib Al-Habib Ahmad bin Ali bin Syeikh Abibakar. 4. Al-Habib Abdullah bin Syeikh Al-Aydrus. 5. Al-Habib Abdullah bin Hasan Bilfaqih. 6. Al-Habib Umar bin Alwi Al-Kaaf. 7. Asy-Syeikh Taufiq Aman. 8. Al-Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.

(Kakak kandung yang sekaligus berperan sebagai pengganti ayah bagi Habib Umar semenjak sang ayahandanya syahid). Semenjak membawa rida’ sang ayah, Habib Umar kecil menjadikan hal itu sebagai suatu pertanda bahwa ia harus meneruskan tanggung jawab sang ayah untuk menyebarkan Islam. Sejak itu ia semakin bersemangat dan berjuang keras agar dapat melanjutkan cita-cita sang ayah untuk mensyiarkan Agama Allah.. Meskipun berusia masih muda, kala itu Habib Umar telah benar-benar memahami Al-Qur’an, karena Allah telah memberikannya sesuatu yang khusus. Kealiman Habib Umar ini menimbulkan kekhawatiran tersendiri bagi keluarga dan kerabat. Mereka mengkhawatirkan akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan beliau dikirim ke Kota Baidha’ yang terletak di Yaman Utara. Sehingga beliau terhindar dari orang-orang yang ingin mencelakainya. Sayyid Muda itu tiba di Kota Baidha’ pada awal bulan Saffar tahun 1402 H bertepatan dengan bulan September tahun 1981 M. Di sana beliau berguru kepada Al-Imam Al-‘Arif Billah Al-Habib Muhammad bin Abdullah Al-Haddar, yang kemudian menjadi mertua beliau. Selain kepada Al-Habib Muhammad Al-Haddar beliau juga belajar dan menerima ijazah dari Al-Habib Zein bin Ibrahin bin Smith (Yang kini berada di Madinah)..

Di Kota Baidha’, selain belajar beliau juga berdakwah hingga ke pelosok yang umumnya masih dihuni oleh kaum Badui yang masih primitif. Dengan kesabaran, keikhlasannya serta keuletannya, beliau tak kenal lelah dalam berdakwah mensyiarkan Agama Allah. Hampir tak ada satu tempat pun yang terlewatkan dalam dakwah beliau untuk mengenalkan kembali cinta Allah dan Rasul-Nya (mahhabatullah wa rasulihi) shallallahu ‘alaihi was sallam pada hati kaum muslimin. Beliau banyak merintis beberapa majelis taklim didaerah Hadramaut. Beliau jarang sekali tidur, usahanya sangat gigih untuk mengembalikan umat Islam agar mereka berjalan di garis para salafunasshalihin yang tiada lain adalah cerminan dari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Kerja kerasnya tak sia-sia, banyak para pemuda yang tertarik dengan metode pengajaran beliau, di bawah bimbingan Habib Umar mereka seakan terbangun dari tidur yang panjang dan kelam. Mereka kemudian menjadi sosok pemuda yang bangga dengan identitas keislamannya, dan memusatkan perhatian mereka untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Perjuangan Habib Umar yang ikhlas dan keteguhannya dalam mengajar di berbagai kota besar maupun kecil di Negeri Yaman Utara, telah mendapat dukungan dan simpatik dari para ulama yang berada di sana. Merekapun membantu dalam perjuangan dakwahnya. Beliaupun mengunjungi para ulama yang berada di Yaman, salah satunya di Kota Ta’iz. Disana beliau belajar dan mengambil ijazah kepada Mufti Ta‘iz, Al-Musnid Al-Habib Ibrahim bin Agil bin Yahya yang begitu perhatian dan cinta kepada Habib Umar. Setelah beberapa bulan di kota Baidha’ beliau kemudian melakukan perjalanan ibadah Haji di Tanah Suci serta mengunjungi makam datuknya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di Madinah.

Di Hijaz beliau berkesempatan untuk menimba ilmu dan memperoleh ijazah dari para ulama besar disana. Pada bulan Rajab tahun 1302 H bertepatan bulan April 1982 M beliau bertemu Al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assagaf yang berada di Kota Jeddah. Al-Habib Abdul Qadir menyaksikan bahwa di dalam diri Habib Umar muda terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliaupun juga berkesempatan menimba ilmu dan memperoleh ijazah dari kedua pilar keadilan di Hijaz, yaitu Al-Habib Al-Jawwad Ahmad Masyhur bin Toha Al-Haddad (Jeddah) dan Al-Habib Abubakar Attas bin Abdullah Al-Habsyi (Makkah). Beliau juga menimba ilmu dari Asy-Syeikh Al-Musnid Muhammad Isa Al-Fadani dan Al-‘Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani yang berada di KotaMakkah. Semenjak itu nama Habib Umar bin Hafidz mulai tersohor, karena kegigihan dan usaha beliau dalam menyerukan agama Islam dan memperbaiki serta mempopularkan ajaran-ajaran para Salafuna Alawiyin. Kesohoran dan ketenaran Habib Umar tidak mengurangi sedikit pun niat dasar beliau. Setelah dari Hijaz, Negara Oman menjadi fase dakwah beliau kemudian. Beliau mendapatkan undangan dari sekelompok Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan kuat untuk belajar tentang Thariqah Alawiyah. Beliaupun menyambut baik undangan tersebut dan kemudian mengajar dan berdakwah di sana hingga beberapa tahun. Sekembalinya dari Oman, sebelum ke Tarim, beliau singgah ke Kota Syihir, Yaman Timur. Beliau belajar kepada para ulama yang berada di kota tersebut sambil berdakwah.. Setelah itu beliaupun kembali ke kampung halamannya di Kota Tarim.



Bertahun-tahun kota itu beliau tinggalkan dan waktu dihabiskan untuk belajar, berdakwah guna membentuk ruh Islami orang-orang di sekelilingnya, menyebarkan seruan dan menyerukan yang benar serta melarang yang salah (ber-amar ma’ruf nahi munkar). Pada tahun 1414 H, bertepatan dengan tahun 1993 M, beliaupun mengabadikan ajaran-ajarannya dengan membangun Pondok Pesantren Darul Mustafa. Beliau mendirikan Pondok Pesantren Darul Mustafa tersebut dengan tiga tujuan: Pertama, mengajarkan berbagai disiplin ilmu keislaman secara ber-talaqqi (bertatap muka) dan para pengajarnya adalah para ahli yang memiliki sanad keilmuan yang dapat dipertanggung jawabkan. Kedua, menyucikan diri dan memperbaiki akhlak. Ketiga, menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada jalan yang diridhai Allah subhanallahu ta’ala dan sesuai dengan apa-apa yang diajarkan oleh Rasulullah dan para salafuna shalihin..

Darul Mustafa merupakan hadiah terbesar beliau bagi dunia. Dari pesantren inilah ajaran para salafuna shalihin diserukan, hingga menyebar ke seluruh penjuru dunia. Dalam waktu yang demikian singkat, penduduk Tarim telah menyaksikan berkumpulnya para murid dari berbagai daerah yang jauh bersatu di satu kota yang hampir terlupakan karena pernah dikuasai oleh kaum atheis komunis. Para muridnya banyak berasal dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Sudan, Mesir, Inggris, Pakistan, Amerika Serikat, Kanada, Yaman, Oman, Emirat, Saudi Arabia, syuria dan juga dari negara-negara Arab lainnya. Habib Umar adalah seorang orator ulung, da’i yang ikhlas, setiap khutbah dan tausiah yang beliau sampaikan membuat dejak kagum bagi orang yang menyimaknya. Tidak berlebihan kalau beliau dijuluki “Singa Podium”. Bagaimana tidak, setiap orang yang mendengarkan ceramahnya, sekeras apapun hatinya pasti akan menitikkan air mata, walupun orang yang menyimaknya tidak mengerti bahasa arab. Selain da’i Habib Umar juga merupakan seorang yang mumpuni dalam ilmu hadis. beliau banyak hafal hadis berikut matan dan sanadnya dari dirinya hingga Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam. Selain itu beliau juga ahli dalam ilmu tafsir Al-Qur’an. Malam harinya beliau pergunakan, beribadah dan bertafakur kehadirat Allah.

Sedangkan siang harinya beliau pergunakan untuk khidmah kepada umat. Pernah dikasahkan pada suatu hari seorang tamu bersikeras ingin duduk bersama beliau hingga tengah malam, lalu Habib Umar izin kepada tamu tersebut untuk shalat malam, dan tamu tersebut berkata: “Baiklah Habib tapi saya tetap akan menunggu anda”, maka Habib Umar pun mengangguk, lalu beliau tidak keluar dari tempat shalatnya hingga kemudian dikumandangkannya adzan subuh, maka Tamu itupun berkata: “Habibana, antum meninggalkan saya hingga subuh?”, beliau berkata: “Maafkan saya, aku bertamu kepada yang maha tunggal dan jika aku bertamu kepada-Nya, aku merasakan kelezatan dan aku lupa pada semua selain-Nya”. Habib Umar tinggal di Tarim, Hadramaut, Yaman Selatan. Selain aktif berdakwah di berbagai belahan dunia, beliau juga mengawasi perkembangan Pondok Pesantren Darul Mustafa dan berbagai sekolah lain yang telah dibangun di bawah manajemen beliau. Darul Mustafa kini telah memiliki lebih dari 30 cabang yang tersebar di berbagai tempat di Hadramaut, Yaman Utara, Emirat, Hijaz, Indonesia, Malaysia. Para murid yang telah belajar di Darul Mustafa kemudian berdakwah di daerah asalnya masing-masing. Mereka menyampaikan apa-apa yang telah mereka peroleh dari ilmu yang telah di ajarkan oleh Habib Umar untuk menyebarkan kebaikan serta rahmat bagi makhluk Allah. Selain melakukan kaderisasi, Habib Umar juga merupakan ulama yang produktif dalam menulis. Beberapa kitab karangannya antara lain: Is’af At-Thalibi, Ridho Al-Kholaq bi bayan Makarimal Akhlaq, Taujihat At-Thullab, Syarah Mandzumah -Sanad Al-‘Ulwi, Adz-Dzakirah Al-Musyarrafah..Dan karya beliau yang paling monumental adalah Dhiyaullami’ bidzikri Mauliduhu Asy-syafi’, yang berisi bait-bait syair pujian terhadap Rasulullah, di Indonesia lebih dikenal dengan Maulid Dhiyaullami’ atau Maulid Habib Umar. Hingga saat ini beliau masih memegang peran aktif dalam penyebaran dakwah Islam, sedemikian aktifnya sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahunnya mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan mulianya. Tidak ketinggalan pula di Indonesia. Tahun 1994 M adalah awal kedatangan beliau ke Indonesia. Sebelumnya Al-Habib Anis bin Alwi Al-Habsyi, Solo mengeluh kepada Al-Imam Al-‘Arif billah Al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf, Jeddah tentang keadaan para Alawiyin di Indonesia yang mulai jauh dan lupa akan nilai-nilai ajaran para leluhurnya. Lalu Al-Habib Abdul Qadir pun mengutus Habib Umar bin Hafidz untuk mengingatkan dan menggugah ghirah para Alawiyin di Indonesia.

Kini, setiap awal Bulan Muharram beliau sempatkan datang ke Indonesia guna memberikan nasehat, ilmu serta mengingatkan kita akan Thariqah Alawiyin. Semoga Allah menjaga kesehatan beliau, memanjangkan usia beliau, memudahkan segala urusan beliau, menjadikan keturunnanya dan para anak muridnya sebagai penerus dakwah beliau dan menggolongkan kita semua termasuk sebagai orang-orang yang suka berkumpul bersama kaum shalihin seperti beliau. Amin…..
Dikutip dari buku “Habib Umar bin Hafidz Singa Podium”)




حج عبد الحليم

Rabu, April 04, 2012

5 HALANGAN UNTUK MENJADI ORANG SOLEH





Sekiranya kamu tidak memiliki 5 perkara nescaya seluruh manusia menjadi orang SOLEH :

1- Rela dengan kebodohan- akan berusaha menambah ilmu pengetahuanya.



2-Tamak dengan harta-jika ada sifat qona’ah pasti berusaha kearah kebaikkan.


3-Bakhil dengan kelebihan.-segala kelebihan yang Allah bagi kepadanya tidak digunakan untuk manfaat alam sejagat.


4- Riya’ dengan amalan. Apabila melakukan amalan soleh dengan baik pasti timbul dihatinya kebanggan atau merasa selesa dan melebihi daripada orang lain maka hilanglah keikhlasan kepada Allah SWT.


5-Merasa bangga dengan pendapatnya. jika dia tahu pendapatnya tidak begitu baik sedangkan pendapat orang lain baik maka ia berusaha mencari pendapat terbaik






حج عبد الحليم

Rabu, Mac 14, 2012

SABAR DGN ALLAH

1. Sabar diletakkan sebelum Solat di dalam firman Allah SWT:


"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah 2:40)


2. Sabar disebut di dalam Al-Quran lebih dari 70 kali. Antaranya:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Ali Imran 3: 200)


3. Sumber kesabaran adalah Iman dan Taufiq daripada Allah. Ia tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah:
"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah." (An-Nahl 16: 127)


4. Sabar juga menjadi nasihat utama yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika menyebut tentang kewajipan solat serta mengerjakan al-amr bil ma'ruf wa an-nahy 'an al-munkar. Firman Allah:
"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Luqman 31: 17)


5. Allah juga memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Firmannya:
"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah 2: 155-157)


6. Mereka yang kehilangan sesuatu kerana sabar, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik.
"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)


7. Perbuatan-perbuatan baik yang lain, Allah janjikan balasan tertentu untuknya. Akan tetapi, ganjaran sabar tidak Allah tentukan bahkan kepada kadar yang tidak mungkin dapat dihitung.
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)


8. Rasulullah SAW menyifatkan sabar sebagai Dhay iaitu sumber cahaya. Ertinya, sabar itu adalah sumber kepada kebaikan-kebaikan yang lain.


9. Kerana sifat sabar, Allah SWT menjadikan segala urusan orang-orang yang beriman itu baik. Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Muslim)


10. Sesungguhnya bala bencana yang ditimpakan Allah ke atas seorang mukmin adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Al-Bukhari)


"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (At-Tirmizi & Ibn Majah)


11. Sebahagian daripada sahabat Nabi RA pernah menyebut "Sesungguhnya kami tidak menganggap iman seorang lelaki itu sebagai iman yang sebenar jika beliau tidak bersabar apabila ditimpa ujian."


12. Sabar mestilah ditangani dengan perasaan tenteram tidak 'melatah' dengan ujian yang datang. Lihat contoh kisah Ibu Musa AS semasa anaknya yang dihanyutkan itu, ditemui di dalam istana Firaun. Firman Allah SWT:


"Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Al-Qasas 28: 10)


13. Sifat sabar adalah sifat yang menjadikan Para Rasul yang Ulul-Azm berbeza martabatnya di sisi Allah berbanding dengan Nabi-nabi dan Rasul yang lain. Mereka adalah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW.


14. Sabar terbahagi kepada :
Sabar di dalam mengerjakan ibadat
Sabar di dalam meninggalkan maksiat
Sabar di dalam menikmati pemberian
Sabar di dalam menghadapi musibah


15. Kesimpulan: Sabar adalah sifat utama orang mukmin. Ia punca kepada kebaikan yang lain. Sabar tidak terhasil melainkan dengan latihan dan ketekunan. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada kita, Ameen





حج عبد الحليم

Khamis, Februari 02, 2012

D IAKHIR RIWAYAT KEKASIH ALLAH

Pagi itu Rasulullah S.A.W dengan suara terbatas-batas berkhutbah "Wahai umatku, kita semua dalam kekuasaan ALLAH SWT dan cinta kasihNYA maka taat dan bertaqwalah kepadaNYA. Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Siapa yang mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku"



Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah S.A.W yang tenang dan penuh minat menatap satu persatu sahabatnya. Saiyidina Abu Bakar r.a menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Saiyidina Umar AlKhattab r.a menahan nafas dan tangisnya. Saiyidina Usman Affan r.a menghela nafas panjang. Saiyidina Ali Abi Tholib KW menundukkan kepala.


Isyarat telah datang, saatnya telah tiba, " Rasulullah S.A.W akan meninggalkan kita semua" keluh hati para sahabat. Manusia tercinta itu hampir selesai tunaikan tugasnya. Tanda-tanda itu makin kuat. Saiyidina Ali dengan memeluk Rasulullah S.A.W yang lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah S.A.W masih tertutup. Di dalamnya baginda terbaring lemah dengan kening berkeringat membasahi pelepah kurma alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar salam, "bolehkah saya masuk?"


tanyanya.
Saidatina Fatimah AzZahra tidak mengizinkan masuk. "Maaf ayahku sedang demam." Dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya, "siapakah itu wahai anakku" "Tidak tahulah ayahku, sepertinya baru kali ini aku melihatnya" tutur lembut Saidatina Fatimah.


Rasulullah S.A.W menatap puterinya dengan pandangan yang mengetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah puterinya hendak dikenangnya.


"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara & dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut" kata Rasulullah S.A.W. Saidatina Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.


Ketika malaikat maut datang mendekat, Rasulullah S.A.W menanyakan kenapa Jibril a.s tidak menyertainya. Kemudian di panggilah Jibril a.s yang sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih ALLAH SWT ini.


"Wahai Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan ALLAH SWT" tanya Rasulullah S.A.W dengan suara yang teramat lemah.


"Pintu-pintu langit telah terbuka & para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu" kata Jibril a.s. Ternyata itu tidak membuat baginda S.A.W lega.


Matanya masih penuh gambaran kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril a.s.


"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"


"Jangan khuatir ya Rasul ALLAH, aku pernah mendengar ALLAH SWT berfirman kepada ku, KU haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali setelah umat Muhammad S.A.W telah berada di dalamnya" kata Jibril a.s

Detik-detik semakin dekat. Saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan roh Rasulullah S.A.W ditarik. Nampak sekujur tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini" Rasulullah S.A.W mengadu lirih.


Saidatina Fatimah terpejam. Saiyidina Ali KW yang berada di sampingnya menunduk semakin dalam. Jibril a.s memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah S.A.W pada malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapa yang sanggup melihat kekasih ALLAH diragut ajal" kata Jibril a.s. Kemudian terdengar Rasulullah S.A.W memekik kerana sakit yang tak tertahankan. "Ya ALLAH, dahsyat sungguh maut ini, bebankan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku!!!"


Badan Rasulullah S.A.W mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Saiyidina Ali KW segera mendekatkan telinganya, " Uushikum bis shalati, wa maa malakat aymanukum. Peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah diantara kamu"

Di luar pintu tangis pun mulai terdengar bersahutan. Sahabat saling berpelukan. Saidatina Fatimah menutupkan tangan diwajahnya. Dan Saiyidina Ali KW kembali mendekatkan telinga dibibir Rasulullah S.A.W yang mulai kebiruan, " Ummatii....ummatii....ummatii...,"

Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Betapa cinta Rasulullah S.A.W kepada kita umatnya & betapa sayangnya beliau S.A.W kepada umatnya yang belum pernah dilihatnya sekalipun






حج عبد الحليم



Selasa, Januari 24, 2012

BULAN RABIULAWAL ( MAULID NABI )

GANJARAN SELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW


RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud: "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata kepadaku. Berkata Jibrail, "Wahai Rasulullah, sesiapa yang membaca selawat ke atasmu setiap hari sebanyak 10 kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawa dia melintasi Titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail, "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka minum dari telagamu." Berkata pula Israfil, "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu." Malaikat Izrail pula berkata, "Mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh anbiya."

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: "Sesiapa berselawat atasku sekali, maka Allah akan membalasnya dengan sepuluh kali selawat." Sebahagian ulama muhaqqiqin (terdahulu) berkata, jika Allah berselawat atas hamba-Nya sekali saja sepanjang hidup hamba itu, nescaya selawat yang satu itu cukup menjadikannya mulia dan terhormat. Justeru, tidak dapat dibayangkan bagaimana beruntungnya manusia yang menerima sepuluh selawat daripada Allah, hanya dengan mengucapkan satu selawat ke atas Kekasih-Nya, Muhammad...

Kelebihan berselawat kepada Baginda dijelaskan dalam banyak hadis sahih yang lain, antaranya:- "Barang siapa berselawat ke atasku satu selawat, nescaya Allah akan membalasnya dengan sepuluh selawat, mengangkat kedudukannya sepuluh darjat, mencatatkan baginya sepuluh kebajikan dan menggugurkan daripadanya sepuluh kejahatan." - "Orang yang mendapat syafaatku (pertolongan) pada hari kiamat ialah orang yang banyak berselawat ke atasku." - "Sesiapa yang mengucapkan "Allahumma solli ala Muhammad (Ya Allah, Ya Tuhan! Sampaikanlah selawat atas Muhammad) dan kurniakanlah kepadanya kedudukan yang dekat kepada-Mu pada hari kiamat", maka dia pasti akan mendapat syafaat-Ku."

"Sesiapa yang berkata, "Semoga Allah membalas kebaikan atas Muhammad sepantas yang harus diterimanya dari pihak kami, nescaya Dia akan menyibukkan tujuh puluh malaikat selama seribu hari." - "Berselawatlah ke atasku di mana saja kamu berada, sesungguhnya selawat kamu itu sampai kepadaku.".

.Mengenai ganjaran menjawab selawat (salam), ada riwayat yang menyatakan bahawa setiap salam yang diucapkan oleh setiap Muslim akan beroleh balasan sepuluh salam pula daripada Allah sebagaimana balasanNya terhadap selawat. Antara hadis yang menjelaskan hal ini ialah:- "Hinalah orang, yang apabila (nama) aku disebutkan di hadapannya, maka dia tidak berselawat atasku."- "Sesiapa berpaling daripada berselawat ke atasku ketika aku disebutkan di depannya, kelak dia akan dipalingkan daripada jalan menuju syurga."

Rasulullah berpesan agar kita memperbanyak selawat terutama pada Jumaat. Ini bertepatan dengan hadis yang bermaksud: "Perbanyaklah berselawat ke atasku pada hari Jumaat, kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan kepadaku pada tiap-tiap hari Jumaat. Orang yang paling dekat kedudukannya kepadaku ialah orang yang paling banyak berselawat atasku."

Justeru, berdasarkan hadis ini, marilah kita memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad sebagai bukti kecintaan kita kepada Baginda. Semoga kita diberikan keredhaan Allah dan mendapat syafaat Rasulullah pada hari dan saat kita memerlukannya.




حج عبد الحليم