السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Sabtu, Jun 26, 2010

BISMILLAA HIRRAHMAA NIRRAHIIM


Jadilah manusia paling bahagia dengan cara bersyukur, bersedih, bersabar, mendiamkan diri, berfikir, mengambil pengajaran, hidup dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT dan bersedia untuk mati dengan penuh ketenangan.

Jauhilah penipuan kerana menipu adalah punca segala kesedihan, kesedihan menyebabkan kemunduran yang memberi peluang kearah penderitaan dan segala permasalahan.

Ketahuilah orang yang mengumpat kamu adalah orang yang telah menghadiahkan kepada kamu khazanah kebaikan serta menghapuskan segala dosa kamu, dengan perbuatan mereka yang mengumpat kepada anda, anda akan bertambah kemasyhuran.


Jika kamu ditimpa kesusahan, ketahuilah ianya bagaikan awan yang berlalu di musim panas, yang pasti tidak kekal, yakinlah hujan rahmat akan tiba apabila awan tersebut berlalu.

Jika kamu ditimpa musibah, bergembiralah kerana selepas kesusahan kamu akan menemui kesenangan, sesungguhnya itulah saat yang paling bernilai dalam hidup kamu.

Jangan bermusuhan dengan manusia…

Jangan lupa untuk berdoa….
Ya Allah, sucikanlah hati kami dari sifat munafiq dan sucikanlah amalan kami dari riya’ atau menunjuk-nunjuk.



حج عبدل حاليم

Khamis, Jun 10, 2010

KEISTIMEWAAN REJAB


اللهم بارك لنا فى رجب وشعبانو بلغنا رمضان
” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “
[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]


Kelebihan bulan rejab



Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:


1. malam awal Rejab mustajab Doanya
2. puasa sehari pada bulan Rejab mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus).
3. Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
4. puasa 3 hari mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
5. puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari kiamat
6. puasa 5 hari aman dari azab kubur
7. puasa 6 hari keluar dari kubur bercahaya mukanya
8. puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu neraka
9. puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
10. puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah' tidak ditolak dia dari memasuki syurga
11. puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu.

“Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab.”

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya






حج عبدل حاليم