السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.
رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .
Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.
Jumaat, Mei 28, 2010
Permata di Jari
Permata di anggap anak. Pemegang permata dipanggil “kuku ibu” atau “bungkus ibu” laksana seorang ibu mendukung atau mengendong seorang anak. Kuku atau bungkus tersebut bersambung ke “tubuh ibu” dan di panggil “baloh”. Baloh adalah “rumah kecil” digunakan sebagai tempat menyimpan dan melindungi sesuatu. Tubuh manusia dikiaskan sebagai rumah. Permata (anak) disimpan dan dilindungi oleh baloh (ibu). Diri manusia adalah seperti sebuah rumah. Isteri (perempuan) adalah ketua (pengurusan anak) di rumah, suami (lelaki) ketua keluarga. Rumah disediakan oleh suami (lelaki). Isteri adalah hak suami. Suami bertanggungjawab melindungi isteri dan anak. Manakala isteri bertanggungjawab melindungi anak untuk suami. Cincin disarung ke jari oleh pemakainya (pemiliknya) sebagai perhiasan yang indah, bernilai dan bermanfaat. Isteri adalah perhiasan bagi suami. Pemakai cincin umpama lelaki (suami) yang akan menjaga cincin (isteri) dan permatanya (anaknya) daripada rosak atau hilang. Manakala cincin umpama isteri (perempuan) yang sentiasa menjaga (memegang) permata (anak) daripada terjatuh bagi pihak pemakainya (suaminya). Manakala permata umpama anak. Seorang perempuan, dialah isteri kepada seorang suami dan dialah ibu kepada anak-anaknya.
Anak (permata) ada yang jantan dan ada perempuan. Permata “jantan” bentuknya timbul (kemuncak batu tinggi), manakala permata “betina” bentuk leper (leseh)
Orang yang memiliki cincin dikatakan orang yang telah mempunyai pasangan hidup. Memakai di jari kiri sebagai tanda telah menanda seseorang. Memakai disebelah kanan sebagai tanda telah memiliki dan dimiliki
Isteri umpama rakyat yang berkhidmat kepada raja. Manakala suami umpama raja yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Jari kelingking dinisbahkan sebagai rakyat (Jari Manis = orang alim/sabar, jari hantu = syaitan/iblis/hantu, jari telunjuk = kapitan raja/penasihat, ibu jari = raja/ketua) . Bagi seorang raja (bakal suami) untuk mengetahui/mengukur rakyat (bakal isteri) beliau atau tidak adalah dengan mengukur saiz jari kelingkingnya. Cincin tanda pertunangan juga diukur dengan saiz jari kelingking si lelaki. Saiznya sama dengan saiz jari Manis cébela kiri si perempuan. Pengantin baru dipanggil Raja Sehari.
Petikan/Susunan:
Samudera_jauhari.....daripada orang tua-tua kita.
حج عبدل حاليم