السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Rabu, Januari 06, 2010

WUDUK


WUDUK
Surah Al-Maidah 6


Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah :-Membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.


# Memulihkan tenaga yang hilang dari badan kita akibat aktiviti fizikal selain peranan membersihkan dosa
# Segala caj negatif akibat perbuatan dosa juga dapat dihilangkan dengan wuduk.
# Mengosok anggota badan memperbaharui jaringan otak dan secara berterusan membantu melancarkan peredaran darah.
# Wajah akan berseri, fikiran tidak kusut dan dijauhkan berbagai penyakit dengan berwuduk.
# Salah satu rahsia bagaimana umat Islam kekal cergas dan bertenaga adalah kerana Wuduk
# Kesan radiasi daripada computer menyebabkan kerosakan aliran tenaga dalam tubuh kita ,berwuduk dapat membersihkan tubuh kita.
# Wuduk memjadikan org muslim bersemangat Sabda Rasullulallah SAW “sesiapa berwuduk dgn baik, dosa-dosanya akan keluar dari tubuhnya hingga dosa-dosa itu keluar dari bawah kuku” (H.R Muslim)
# Anggota-anggota kita sepanjang hari akan terkena jangkitan kuman yang ada diudara yang jumlahnya sehingga berjuta –juta cm3 banyaknya ,kuman2 ini sedia menyerang tubuh manusia melalui kulit , dengan berWUDUK bakteria tidak lagi melekat pada kulit kecuali Allah kehendaki.
# Suhu badan manusia normal 37 oC , Rasullullah mendorong umatnya supaya berwuduk dan menganjurkan supaya sisa air wuduk tak perlu dilapkannya , amalan ini menurunkan suhu badan, Hadis baginda “ Deman adalah panas lebihan Jahanam, maka dinginkanlah dengan air.”



# BERKUMUR- berfungsi menjaga kebersihan mulut dan gigi dari sisa makanan yg terlekat di celah-celah gigi., disamping wajah akan sentiasa berseri dan jiwa kita akan sentiasa tenang.
# MEMBASUH HIDUNG – Tidak dinafikan lubang hidung tempat yg sering dihinggapi kuman dan virus, tetapi dengan amalan memasuk dan mengeluarkan air kedalam lubang hidung ketika berwuduk akan menjadi bersih dan bebas daripada radang akibat serangan kuman dan bacteria berbahaya.
# BASUH MUKA DAN KEDUA TAPAK TANGAN- kotoran dicelah-celah tangan kita akan dibersihkan cara mengosokkannya dengan perlahan-lahan, mengosok memberikan ketenangan kepada seluruh anggota badan, inilah salah satu rahsia bagaimana orang berwuduk akan sentiasa dalam keadaan tenang.

Rasululallah SAW bersabda ( marhumnya) ”sesiapa berwuduk dan menyempurnakan wuduknya dgn membasuh tangan dan wajahnya, mengusap kepala dan telinganya kemudian berdiri melaksanakan solat fardhu, dosa-dosanya yg dilakukan pada hari itu diampuni, dosa kedua kaki yang digunakan untuk berjalan , dosa kedua tangan yang digunakan untuk memegang, dosa kedua telinga digunakan untuk mendengar, dosa kedua mata digunakan untuk melihat dan keburukan yang terjadi pada dirinya”

( H.R Ahmad drpd Abi Umamah )

"Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-

1.Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3.Tidak tergila-gilakan dunia
4.Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5.Tinggalkan sifat berbangga
6.Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.Meninggalkan sifat dengki


Allahu alam