السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Selasa, Mac 22, 2011

BERSANAD



Menghidupkan pengajian bersanad pada masa ini adalah suatu perkara yang harus diberi pujian dan galakan, dan bukannya satu perkara yang harus dibanteras dan ditentang. Meskipun ia bukan satu kefardhuan ke atas setiap orang dalam menuntut ilmu atau mengajarkannya, namun ketiadaannya langsung sama sekali dalam umat Islam mampu menjadi tanda pada dekatnya kehancuran umat ini. Di mana kelak tiada lagi tinggal orang-orang berilmu yang penuh keberkatan tersebut, lalu orang mengambil ahli-ahli ilmu yang jahat, tiada keberkatan dan orang-orang jahil sebagai tempat rujuk dan pemimpin agama mereka.



Jika tujuan sanad pada awalnya untuk memastikan kesahihan riwayat, namun ilmu sanad kemudiannya berkembang sama seperti ilmu-ilmu Islam yang lain, sehingga ia menjadi suatu seni yang tersendiri. Cuma bezanya syarat yang ketat dan penelitian yang tegas terhadap perawi-perawi pada peringkat awal telah dilonggarkan pada peringkat mutakhir, apabila kebanyakan hadith sudah direkod dan dibukukan oleh ulama hadith. Justeru kemudiannya, ramailah ulama yang membenarkan pengijazahan sanad serta meriwayatkannya berdasarkan ijazah tersebut semata-mata, tanpa perlu bertalaqqi penuh.



Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;

1. merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW
  (وكفى في الاتصال بالحبيب شرفاً) .
2. merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar   (إنّ التشبه بالكرام فلاح).
3. merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka   (الإسناد من الدين).
4. merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (إن الأسانيد أنساب الكتب).
5. merupakan satu rahmat dan barakah   (عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة).



Pengajian secara bersanad terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:



1. talaqqi secara bersanad bagi qiraat (bacaan) al-Quran.
2. talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab hadith muktamad, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’ Malik dan sebagainya.
3. talaqqi secara bersanad bagi himpunan hadith-hadith tertentu, seperti al-Awa’il al-Sunbuliyyah, atau hadith-hadith tertentu, seperti hadith musalsal.
4. talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab karangan ulama dalam berbagai bidang ilmu, seperti fiqh, usul-fiqh, tauhid, tafsir, sirah, hadith, mustalahul-hadith, tasawuf dan sebagainya.
5. talaqqi secara bersanad bagi amalan tariqat-tariqat sufiyyah.

Sama-samalah kita memelihara pembelajaran bersanad, untuk kekuatan ilmu yg dituntut.



حج عبد الحليم

Isnin, Februari 14, 2011

يا رسول الله سلام عليك


يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي
Wahai penghulu para rasul ! wahai sandaranku

أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي
Setelah Allah, engkau adalah peganganku

فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي
Dalam urusan dunia dan akhiratku

يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ
Wahai rasulullah! Bantulah aku

عَطْفَـةً يَا جِيْرَةَ الْعَلَـمِ
Belas kasihmu wahai yang berjiran dengan Ka’bah

يَا أُهَيْلَ الْجُوْدِ والْكَـرَمِ
Wahai keluarga yang bermurah dan mulia

نحنُ جِيْرَانٌ بِذَا الْحَـرَمِ
Kami berada berhampiran dengan Kota Haram

حَرَمُ الإحْسَانِ والْحَسَـنِ
Kota yang penuh ihsan dan kebaikan

نحن مِنْ قَوْمٍ بِهِ سَكَنـُوْا
Kami daripada kaum yang tinggal di Kota Haram

وَبِهِ مِنْ خَوْفِهِمْ أَمِنـُوْا
Di dalamnya mereka aman daripada ketakutan


وَبِآيَاتِ الْقُرْآنِ عُنـُوْا
Dan oleh ayat-ayat Al-Quran mereka di perhatikan

فَاتَّئِـدْ فِيْنـَا أَخَا الْوَهَـنِ
Maka janganlah kamu tergesa-gesa atas kami wahai saudara yang lemah


نَعْرِفُ الْبَطْحـَاء وَتَعْرِفُنـَا
Kami kenal kepada padang pasir (Mekkah) dan ia mengenal kami


وَالصَّـفَا وَالْبَيْـتُ يَأْلَفُنـَا
Demikian pula Bukit Sofa dan Ka’bah

َلَنَا الْمَعْـلَى وَخَيْـفُ مِنَى
Untuk kami Ma’la dan Khaif Mina


فَاعْلَمَـنْ هذَا وَكُنْ وَكُـنِ
Ketahuilah engkau akan hal ini dan yakinlah


وَلَنـَا خَيْـرُ الأَنـَـاِم أَبُ
Untuk kami sebaik-baik manusia sebagai ayah


وعَـلِيٌّ الْمُرْتَضَـى حَسَـبُ
Dan Ali Al-Murtadha sebagai datuk kami


وإِلَى السِّـبْطَيْـنِ نَنْتَسِـبُ
Kepada dua cucu Nabi (Hasan & Husein) kami bernasab


نَسَبـًا مَا فِيْـهِ مِـنْ دَخَـنِ
Hasab yang tiada terdapat keraguan


أَهْلُ بَيْتِ الْمُصْطَـفَى الطُّهُـرِ
Keluarga nabi yang suci


هُـمْ أَمَـانِ الأَرْضِ فَاذَّكِـرِ
Mereka pengaman dimuka bumi, maka ingatlah itu


شُـبِّهُـوْا بِالأَنْجُـمِ الزُّهُـرِ
Mereka umpama bintang-bintang yang gemerlapan


مِثْلَ مَا قَدْ جَـاءَ فِي السُّنَـنِ
Sebagaimana telah di nyatakan dalam hadith-hadith


وسَـفِـيْنٌ لِلنَّـجَـاةِ إِذَا
Mereka umpama bahtera keselamatan bila


خِفْتَ مِنْ طُوْفَانِ كُلِّ أَذًى
Kau takut angin taufan yang menghanyutkan


فَانْجُ فِيْهَا لاَ تَكُوْنُ كَـذَا
Maka naiklah ke atasnya kau akan selamat


فَاعْتَصِمْ بِاللهِ وَاسْتَعِنِ
Berpegang teguhlah dengan Allah dan mintalah pertolongan


رَبِّ فَانْفَعْنَا بِبَرْكَتِهِمْ
Ya Allah, kurniakanlah kami dengan berkat mereka


وَاهْدِنَا الْحُسْنَى بِحُرْمَتِهِمْ
Berilah petunjuk pada kami jalan yang baik dengan kehormatan mereka


وَأَمِتْـنَا فِي طَرِيْقَتِهِمْ
Matikanlah kami pada jalan mereka


وَمُعَـافَاةٍ مِنَ الْفِتَنِ
Serta selamatkanlah kami dari fitnah


ثُمَّ لاَ تَغْتَرَّ بِالنَّسَبِ
Janganlah engkau membanggakan diri dengan nasabmu


لاَ وَلاَ تَقْنَعْ بِكَانَ أَبِي
Dan jangan pula engkau merasa cukup dengan kejayaan ayahmu


وَاتَّبِعْ فِي الْهَدْيِ خَيْرَ نَبِيّ
Ikutilah sebaik-baik nabi dalam petunjuknya

أحْمَدِ الْهَادِي إلَى السَّنَنِ
Iaitu Ahmad, pemberi petunjuk pada jalan yang benar




حج عبد الحليم

 

Isnin, Februari 07, 2011

SELAWAT KE ATAS MU YA! RASULALLAH

Detik-detik terakhir Rasulullah merupakan masa-masa paling mengharukan bagi umat Islam, kesedihan mendalam karena akan segara kehilangan seorang sosok mulia.



Beliau adalah pemimpin, sahabat, ayah, suami, menantu, mertua, idola, Rasul, dan berbagai bentuk sosok lain bagi umat muslim. Dan saat detik-detik terakhir beliau, semua orang terasa belum mampu untuk kehilangan beliau.



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.



Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.



Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.



Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.



Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.



“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.



Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”



Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai ding! іn, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.



Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku – peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”



Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

حج عبد الحليم

Khamis, Februari 03, 2011

ADAB HIASAN MUSLIMIN



Adab Berhias Diri
a. Berhias melambangkan keperibadian Islam.
b. Apabila mengadap cermin, berdoa


Maksudnya:" Ya Allah, sebagaimana Engkau mencantikkan wajahku tinggikanlah budi pekertiku."

Adab Memakai Serban
a. Berniat ingin mencontohi Rasulullah SAW.
b. Gulungkan kain serban dengan kemas.
c. Sunat memakai serban sambil berdiri.
d. Menjulurkan ekor serban sama ada di belakang atau di bahu kanan.
e. Panjang ekor serban tidak kurang dari empat jari dan tidak lebih dari 1 hasta.
f. Sunat memakai warna putih, hijau atau hitam.
g. Sederhana besarnya.


Adab Bercelak Mata
a. Berniat kerana ingin mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
b. Pilih celak yang baik dan gunakan alat yang panjang lagi bersih.
c. Dahului menyapu di kelopak mata yang kanan 3 kali, kemudian sapu kelopakmata kiri 2 atau 3 kali.


Adab Penjagaan Janggut Dan Misai
a. Menipiskan misai dengan mengguntingkannya, hingga menampakkan warna kulit (bahagian antara hidung dan bibir atas)
b. Jangan biarkan misai panjang hingga mencecah bibir atas.
c. Sunat membiarkan janggut tebal dan panjang sehingga segenggam (selebar lebih kurang 4 jari dari hujung dagu)
d. Guntingkan bahagian hujung janggut supaya bersih dan kemas.
e. Sikat janggut.
f. Jangan mencabut janggut yang ada.
g. Sunat menginai janggut.


Adab Memotong Kuku
a. Berniat kerana ingin mencontohi Rasulullah SAW.
b. Sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
c. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk tangan kanan, diikuti denganjari tengah, jari manis dan jari kelingking.
d. Kemudian dipotong pula kuku jari kelingking tangan kiri, seterusnya jarimanis, jari tengah, jari telunjuk, diikuti dengan ibu jari tangan kiri.
e. Di akhiri dengan ibu jari tangan kanan.
f. Bagi kuku kaki, mulakan dengan memotong kuku jari kelingking kaki yang kanan seterusnya bergerak ke kiri satu persatu, berakhir dengan kuku jarikelingking kaki kiri.


Adab Memakai Cincin
a. Pilihlah cincin yang tidak dibuat dari emas (bagi lelaki haram memakai emas)
b. Boleh dipakai ditangan kanan atau pun tangan kiri.
c. Sunat memakai cincin di tangan yang kanan seelok-eloknya pada jari manis.
d. Dilarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah.
e. Sayidatina Aisyah pernah meriwayatkan larangan Rasulullah SAW memakai cincin dijari tengah kerana menyerupai kaum Nabi Lut.
f. Rasulullah pernah menyarankan supaya memakai cincin daripada batu akek.





حج عبد الحليم

Isnin, Januari 24, 2011

Wasiat Imam Al-Ghazali


7 TEKNIK SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA

1.Syaitan melarang manusia taat kepada Allah SWT.


2.Syaitan memujuk manusia supaya tidak mentaati Allah SWT.

3.Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan supaya berpeluang melakukan amalan kebaikan yang lain pula.

4.Kemudian syaitan menyuruh manusia supaya menjalankan amalan baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.

5.Setelah itu, syaitan membisikkkan pujian kepada orang yang beramal kerana akan mendapat darjat yang tinggi, cerdik adalam mengurus kehidupan dan telah mencapai kesempurnaan dalam hidup.

6.jika gagal, syaitan akan memasukkan sedikit perasaan riak atau takabbur.

7.Jika gagal maka syaitan akan membisikkan, bahawa janganlah kamu menyusahkan diri kamu dalam beribadat, kerana Allah telah menetapkan kamu bahagia semenjak azali lagi, maka jika meninggalkan ibadat pun kamu tetap akan hidup dalam bahagia. Jika kamu banyak beribadat sedangkan Allah telah menetapkan kehidupan kamu celaka, maka hidup kamu akan celaka kerana Allah Maha Berkuasa dalam semua perkara..


Minhajul Abidin .




حج عبد الحليم

Khamis, Januari 20, 2011

TANDA TAUBAT DITERIMA ALLAH


9 TANDA-TANDA TAUBAT TELAH DITERIMA ALLAH SWT



Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan :


1-Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )


2-Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.


3- Mesti sentiasa mendekati orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang jahat.


4-Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.


5-Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.


6-Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.


7-Sentiasa memelihara lidah.


8-Sentiasa bertafakkur.


9-Sentiasa sedih dan sesal di atas perbuatan yang lalu.



حج عبد الحليم

Ahad, Januari 16, 2011

NAFSU DLM ISLAM


Nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal fikirannya. Nafsu ada yang baik, iaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang buruk, iaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan fikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam.

Nafsu yang buruk :

Nasfu Amarah
* adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
* mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya.
* mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Lawamah
* adalah nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.
* golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasut, dengki dan sebagainya.
* nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah.
* mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Marhamah
* adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela.
* walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
* mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu-nafsu yang baik :

Nafsu Mutmainah
* adalah nafsu yang lemah lembut.
* mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa.
* mereka adalah orang yang sholeh.
* golongan ini adalah dijamin surga.

Nafsu Raudiah
* adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk mencintai Allah sepenuhnya..
* mereka bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah.
* mereka bisa juga disebut sebagai Wali Allah.

Nafsu Kamaliah
* adalah nafsu yang sempurna, nafsu yang hanya dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.

Nafsu Mardiah
* adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. Keridhaan tersebut terlihat pada anugrah yang diberikan-Nya berupa senantiasa berdzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah SWT itu bersifat universal, artinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan bisa menghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah SWT, siapa pun tidak bisa memuliakannya.







حج عبد الحليم

Sabtu, Disember 18, 2010

Allah & Rasulullah


Kata-Kata Hikmah :


Aku ingin melihat Allah SWT tetapi , keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah.


Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim.


Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan Hadis-Hadis yang Baginda wariskan pada ulamak-ulamak.






حج عبد الحليم

Selasa, Disember 14, 2010

ASYURA

 
Pada 10 Muharam juga akan berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit


حج عبد الحليم

Isnin, November 29, 2010

HIKMAH SOLAWAT


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA KATANYA:

PARA MALAIKAT DATANG KEPADA KU LALU
BERKATA JIBRIL A.S.
"SESIAPA YG BERSELAWAT KEATASMU SEPULUH KALI SEHARI AKAN AKU BIMBING TANGANNYA SEPANTAS KILAT UNTUK MELINTASI TITIAN SIRAT"

KATA MALAIKAT MIKAIL "SESIAPA YG BESELAWAT KEATASMU 10 KALI SEHARI AKAN AKU BERI DIA MINUM AIR DR TELAGAMU DI AKHIRAT NANTI"

KATA MALAIKAT ISRAIL PULA "SESIAPA YG BERSELAWAT KEATASMU 10 KALI SEHARI AKN AKU CABUT NYAWANYA SELEMBUT AKU MENCABUT NYAWA PARA ANBIYA'

DAN KATA MALAIKAT ISRAFIL PULA "BARANG SESIAPA YG BERSELAWAT KEATAS MU 10 KALI SEHARI AKU AKN SUJUD KEHADAPAN ALLAH DAN TIDAK AKN MENGANGKAT KEPALAKU SEHINGGA ALLAH MENGAMPUNKAN NYA...

MALAIKAT TELAH MEMBERI JAMINAN MASING2 KPD SESIAPA YG BERSELAWAT KEPADA NABI...TAK KAN KITA TAK MAU NK MEREBUT KELEBIHAN INI.



حج عبد الحليم