السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Sabtu, November 21, 2009


KELEBIHAN AWAL 10 ZULHIJJAH


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.


2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.


4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.


5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.


7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.


10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya

Rabu, November 18, 2009

Keperibadian
Rasulallah S.A.W

“ BARANGSIAPA YG TIDAK MENYUKAI SUNNAH-SUNNAHKU, MAKA DIA BUKAN DIKALANGAN UMATKU..”


Wajah Rasulullah lebih bercahaya daripada bulan
Jabir r.a meriwayatkan bahawa:
“Suatu ketika pada malam bulan mengambang saya sedang melihat wajah Rasulullah s.a.w. Pada ketika itu baginda memakai sepasang pakaian merah(kain sarung dan baju yang berjalur merah) Akhirnya saya membuat keputusan bahawa Rasullullah s.a.w terlebih tampan, menawan dan bercahaya daripada sang bulan.”

Kulit Rasulullah s.a.w
Abu Hurairah r.a berkata:
“ Rasulullah s.a.w berkulit putih, kacak dan menawan dan nampak seolah-olah tubuh badannya diperbuat drpd perak.Rambutnya sedikit berketak-ketak”

Gigi Rasulullah s.a.w
Abdullah Ibn Abbas r.a menyatakan bahawa:
“Gigi hadapan Rasulullah s.a.w sedikit jarak drpd yang lain : gigi-gigi itu tidak terlampau rapat. Apabila baginda bersabda, keluarlah cahaya drpd celah-celah giginya.”

Pengunaan inai dalam mencelup rambut
Qatadah r.a meriwayatkan bahawa beliau bertanya Anas r.a:
“Adakah Rasullullah s.a.w pernah mencelup rambut dengan pewarna?”
Jawap beliau:rambut Rasulullah s.a.w tidak begitu banyak beruban sehingga tidak perlu baginda merasakan untuk mencelupnya.Uban hanya kedapatan pada kedua-dua pelipisnya.Ya , memang
Abu Bakar r.a menggunakan daun inai katam(sejenis rumput) untuk mencelup rambutnya.”

Kelebihan dan cara penggunaan celak mata
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w telah bersabda:
”Gunakan celak ismid(drpd galian) ke mata kerana ia menambah cahaya kepada mata (yakni menguatkan penglihatan) dan juga menolong pertumbuhan bulu mata.Rasulullah s.a.w mempunyai satu kotak celak mata yang digunakan pada setiap malam dicalit tiga kali pada mata sebelah kanan dan tiga kali sebelah kiri.

Pakaian kesukaan Rasulullah s.a.w Gamis
Diriwayatkan drpd Ummu Salamah r.anha bahawa:
“Drpd banyak pakaian yg disukai oleh,Rasulullah s.a.w yg paling disukainya ialah gamis(kurta: baju labuh)

Capal Rasulullah s.a.w
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa:
“Terdapat dua jalur tali kulit pada capal Rasullullah s.a.w

Cincin Rasulullah s.a.w
i)Anas bin Malik r.a telah meriwayatkan bahawa:
“Cincin Rasulullah s.a.w diperbuat drpd perak dan batunya drpd Habsyah.”
ii) Diriwayatkan drpd Anas r.a bahwa:
“Ukiran yg terdapat pd cincin yg mulia itu ialah’Muhammah Rasul Allah’ Muhammah di satu baris, Rasul dibaris lain.Nama Allah dibarisan pertama, Rasul dibarisan kedua, Muhammad barisan ketiga.”

Hujung serban di antara dua bahu
DiRiwayatkan drpd Ibn Umar r.a:
“Bahawa bila mana Rasulullah s.aw. memakai serban, baginda akan membiarkan hujung serbannya bergantung diantara bahunya.Nafe’(rahmatullah alaihi) berkata bahawa beliau telah melihat Abdullah Ibn Umar r.a melakukan demikian.’Ubaidillah, seorang murid Nafe’ berkata bahawa beliau telah melihat cucu Abu Bakar r.a yakni Qasim Ibn Muhammad dan cucu Umar r.a yakni Salim Ibn Abdullah melakukan secara begini”.


Al-Ampangi

Selasa, November 10, 2009

TAZKIRAH



1. Selalu ingat mati, menyedari segala amal perbuatan akan dihisab satu persatu di akhirat nanti. Ini akan menyedarkan manusia bahawa harta, jawatan, dan segala apa yang ada di dunia hanyalah pinjaman sementara dalam musafir seorang hamba kembali pada Tuhan.

2. Rajin menghadiri majlis ilmu bagi menambahkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.

3. Mencari dan berkawan dengan orang-orang yang baik dan soleh.

4. Membaca Al-Quran dan memahami isi kandungan, seterusnya mengamalkannya sedaya termampu.
“Ya Allah, bersih dan sucikanlah hati kami daripada segala sifat mazmumah, ampuni kami semua dan seluruh kaum muslimin,
Bantulah saudara seagama kami yang tertindas dan jadikanlah kami semua hamba-Mu yang benar-benar bertaqwa…Amin”



10 KEZALIMAN DIRI.

· mendoa untuk diri sendiri sahaja– tidak untuk muslimin dan muslimat
· tahu membaca Al-Quran, tapi tak membaca 1 hari 100 ayat
· masuk masjid dan keluar, tapi tak solat sunat tahayattul masjid.
· lalu ditanah perkuburan – tak mendoakan kepada ahli kubur
· sampai suatu tempat hari Jumaat, tapi tak solat Jumaat
· didatangi oleh alim ulamak(ustaz), tak meraikannya
· dua orang Islam bertemu, tapi tak bertegur sapa tanpa memberi salam
· diundang ke majlis makan , tak datang tanpa uzur sarei
· pemuda tak berkerja, tapi tak mahu belajar agama
· seorang yg kenyang, ia tahu jirannya kelaparang tidak dibantu oleh nya.

sinar pagi 1.25 11112009
MENGAPA AMAL IBADAT DITOLAK
Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang hadith yang paling menyentuh hati yang pernahdidengar sendiri dari Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangisagak lama kemudian menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau,bahawa sesungguhnya setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga danmasing-masing ditugaskan menghalang pahala amal ibadat seseorang yangmempunyai sifat tertentu dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.
1. Langit pertama Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji
2. Langit kedua Bermegah dengan kebendaan - pangkat, jawatan, wang, nama, 'ilmu dansebagainya

3. Langit ketigaTakabbur - seorang yang sombong, bongkak, merendahkan orang lain

4. Langit keempat'Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri

5. Langit kelimaHasad dengki - seorang yang hasad, dengki, cemburu kejayaan orang, iri hati dan sebagainya

6. Langit keenamTidak bersifat rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang kepadasemua makhluk

7. Langit ketujuh Riak - seorang yang suka memperlihatkan 'amal, menunjuk-nunjuk, mencaripujian manusia Setelah pahala amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di tujuh lapisan langit tersebut, maka pahala amalan seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt. Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat "Kamu semua penjaga amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu. Sebenarnya amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-mata, maka aku laknatkan ke atasnya". Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya.

Pengajaran
1. Kesemua tujuh sifat di atas mudah menghinggapi diri semua manusia dan amat susah untuk dibuang, kita hendaklah sentiasa mengawasi diri dan hati agar tidak merosakkan pahala 'amalan kita dengan cara sentiasa mencari 'ilmu dan beristighfar di samping berdoa.

2. Renungkan selama ini, setakat langit ke berapakah atau banyak manakah pahala 'amalan kita yang telah berjaya melepasi pintu-pintu langit dan yang telah berjaya dibawa menghadap Allah swt.

3. Jika seorang yang bergelar sahabat besar Rasulullah saw yang bernama Muaz bin Jabal r.a pun berasa gerun dan takut lalu menangis bila mengenang pesanan Nabi saw ini, dimanakah dan bagaimanakah kedudukan kita di hadapan Allah swt?

4. Janganlah kita mensia-siakan pahala amalan yang kita lakukan dengan sifat-sifat negatif di atas.

5. Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan amalan kita sebelum tiba masanya kita dipanggil untuk menghadap Allah swt.

6. Sama ada susah atau senang, berat atau ringan, suka atau tidak itulah pra syarat yang mesti dipenuhi untuk melayakkan kita bertemu dengan Allah swt, namun ia tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita dapat mengikuti jalan-jalan yang telah dilalui oleh para kekasihnya.

7. Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua manusia dapat menghayati dan menghindari sifat-sifat negatif di atas demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

YA ALLAH, JANGANLAH SIA-SIAKAN 'AMAL KEBAJIKAN KAMI YANG SEDIKIT INI, AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KAMI, JIKA ENGKAU TIDAK MERAHMATI KAMI NESCAYA KAMI TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI.

Al-Ampangi

RENUNGAN:


1. Kelebihan selawat.
Barangsiapa dari umatku membaca salawat atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikkan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukkan, mengangkat untuknya sepuluh darjat."H. R Ahmad


2. Berdoa sewaktu sujud.
Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do'a (waktu sujud)."H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai


3. Membuang rintangan di jalan.
Buangkanlah rintangan (halangan) dari jalan kerana sesungguhnya ia sedekah bagi mu. H. R Bukhari


4. Redha dengan kesakitan membersih dosa.
Apabila orang mukmin redha dengan kesakitan sakit itu menjadi pembersih dosa dosanya. H. R Bukhari


5. Doa adalah ibadat utama.
Ibadat yang paling utama adalah doa H. R Haakim, Ibnu Adi, Sa'd


6. Keputusan muktamat apabila was-was.
Apabila kamu ingin mengerjakan sesuatu tetapi ada kebimbangan di hatimu maka tinggalkanlah ia. H. R Ahmad, Ibnu Hibban, Haakim


7. Bencana jika kita kedekut ilmu
Sesiapa yang ditanya sesuatu ilmu lalu di sembunyikannya, maka orang itu pada hari akhirat kelak akan di kekang dengan kekangan api neraka". H. R Abu Daud, Termidzi
Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu, lalu disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud r.a.)
Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)


8. Tanda kesempurnaan keIslaman.
Diantara tanda tanda kesempurnaan keislaman sesaorang itu ialah meninggalkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. H. R. Turmidzi


9. Kelebihan bertawakkal.
Andainya kamu bertawakkal kepada Allah bersungguh sungguh, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu seperti mana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu senja dengan perut kenyang. H. R Turmidzi


10. Kewajipan kita
Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menjwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin. (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari
Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)


Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah maka bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah" (Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)


Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan" (Surah Al-Baqarah:233)

Pakailah antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan kain putih" (Riwayat Ahmad)

Siapa yang berperang untuk menegakkan khalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi lillah" (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari r.a.)

Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah s.w.t., membunuh orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain" (Riwayat Ahmad)

Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

11. Dosa-dosa besar yang kita lakukan
Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a .)
hahacem

Selasa, November 03, 2009


CINCIN OH CINCIN

Nasihat Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Nabi Salawatu Alai Wasalam. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1. jari tengah
2. jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah SubhanAllah Wa Taala. Nabi Salawatu Alai Wasalam. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Salawatu Alai Wasalam. dapatlah kita pahala.
WAHABI

Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.
Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.
. Pengasas
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.
Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.
Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah].
Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.
Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.
2. Amalan kaum Wahabi menurut hadith
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :
Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan.
1. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.

2. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.

3. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

4. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith , terutama menggunakan radio dan pembesar suara.

5.Melarang membaca qasidah.

6.Melarang melagu-lagukan al Quran.

7.Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

8.Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

Pandangan Siradjudin Abbas
Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :
1.Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
2.Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
3.Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
4.Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
5Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
6.Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
7.Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
8.Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
9.Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
10.Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
11.Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
12.Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
13.Azan tidak boleh berlagu.
14.Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
15.Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
16.Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, 17.Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
18.Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [5]

Rujukan
[Mohd Yusof Ahmad,'Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmul-Kalam Dalam Islam', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,1980, hlm 96.]
[Siradjudin Abbas ,'40 Masalah Ugama', Indonesia]

Selasa, Oktober 27, 2009

10 Golongan manusia solat tidak diterima Allah


“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”


1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.Orang lelaki yang melarikan diri.
5.Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat )
6.Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung di luar solat.
8.Iman atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.Orang yang suka makan riba.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan yang
keji dan mungkar.


“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji
dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan ALLAH dan
jauh daripada ALLAH.”

Khamis, Oktober 22, 2009

Bismillah

Allahummasolli' alamuhammad wa'alaalimuhammad Salamun 'alaikum
Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur?an!? demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:


17.16 (QS. Al Israa? ayat 16): ?Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. ?


17.58 (QS. Al Israa? ayat 58): ? Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).?


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya. ? Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.

Selasa, Oktober 20, 2009

Rasulullah S.A.W bersabda, (maksudnya)

“Lima perkara termasuk fitrah adalah mencukur bulu kemaluan,berkhatan,memotong misai ,mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.”

(H.R Muslim )

Rasulullah S.A.W bersabda, (maksudnya)

“Sudah ditentukan bagi kami waktu mencukur misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak serta mencukur bulu kemaluan ,iaitu tidak boleh lebih dari 40 hari”.


(H.R Anas )

Abu Hurairah menyatakan sabda Rasullullah S.A.W,

“Cukurlah misai, panjangkan janggut dan jangan menyerupai orang Majusi.”

(H.R Muslim )

disebut oleh Ibnu Omar R.A, Rasulullah bersabda,

“ Janganlah kalian menyamai orang-orang musyrik. Panjangkan janggut dan cukurlah misai

(H.R Bukhari dan Muslim )

Kutipan dr Kitab solat & keajaiban