السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.

رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .

Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.





Selasa, Julai 02, 2013

SYIAR RAMADHAN




Inilah nikmat yang paling besar dalam kehidupan Muslim apabila tibanya Ramadhan. Maka buatlah yang terbaik untuk Allah SWT sehingga sampai ke peringkat Taqwa sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:


Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah Al-Baqarah ayat 183)

Ramadhan adalah bulan tarbiyyah, juga dikenali sebagai madrasah atau sekolah, yakni tempat kita belajar dan menjalani latihan. Ramadhan tempat kita membersihkan diri dalam satu bulan setelah menjalani hakikat sebelas bulan yang berlalu. Cuba kita tanya, apakah yang telah kita lakukan kepada sebelas bulan itu? Baikkah yang dibuat atau sebaliknya? Tidakkah kesempatan satu bulan ini digunakan sepenuhnya untuk membersihkan sebelas bulan yang telah berlalu?

Jangan sampai Ramadhan menjadi bulan adat. Sebelas yang berlaku dibiarkan sia-sia dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah. Bila tiba Ramadhan digunakan untuk bertaubat. Kesalahan yang paling besar dilakukan oleh manusia ialah mereka tahu apa yang dilakukan itu salah, tetapi terus mengulanginya. Dengan harapan, kesalahan itu boleh diampunkan dengan bertaubat atau membersihkannya apabila tiba bulan Ramadhan.

Mentaliti yang sama berlaku dalam memahami konsep haji. Pada pemahaman mereka, dengan mengerjakan haji, diharapkan dapat membersihkan segala dosa. Justeru, masa muda dihabiskan dengan berjoli sana sini. Ibadah haji hanya dikerjakan ketika usia tua. Kenapa? Dengan harapan segala kesalahan dan dosa yang dilakukan semasa muda akan diampunkan oleh Allah SWT setelah mengerjakan haji. Pada pandangannya, jika mengerjakan haji ketika muda, adalah satu kerugian, sebab tidak dapat buat maksiat selepas itu. Inilah salah faham konsep ibadah dalam Islam.


حج عبد الحليم

Khamis, April 18, 2013

Cara Mengalahkan syaitan




1.Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.

2.Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.

3.Berzikir dengan lisan dan hati.

” Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.



Wasiat Imam Ghazali


حج عبد الحليم

Selasa, Mac 19, 2013



6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN  UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:


1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.
2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.
3-Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.
4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.
5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.
6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

حج عبد الحليم

Selasa, Februari 05, 2013



SALAM ATASMU WAHAI RASULULLAH !!!




SEMOGA SALAM DAN SHALAWAT SENANTIASA DILIMPAHKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA MAKHLUK TERAGUNG, SANG KEKASIH ALLAH, SAAYIDUL WUJID, SAYYIDINA, WA MAULANA, IMAMUL MUJAHIDIN ABUL QASIM , SAYYIDINA MUHAMMAD SAW BESERTA AHLUL BAYTNYA, PARA UMAHATUL MU’MININ, KELUARGANYA, KETURUNANNNYA, SAHABATNYA DAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM , KAPAN DAN DIMANAPUN……

SHALAWAT YANG ABADI UNTUK SELAMA-LAMANYA……

DI DUNIA… DI ALAM BARZAKH, …..SAMPAI AKHIRAT…….

ABADI UNTUK SELAMA-;LAMANYA……..





حج عبد الحليم




Khamis, November 29, 2012



6 Hikmah disebalik Ujian Allah SWT


1. memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan menguatkan hati kita

2. sadar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.

3. bebas dari rasa ‘ujub, kesulitan adalah bisa saja sebagai teguran karena kita merasa bisa dan merasa pintar

4. tidak lalai, sudah nyata kesulitan ada dihadapan kita

5. lebih banyak mengingat Allah SWT

6. lebih bersabar, karena mungkin saja kesulitan ini adalah latihan bersabar





حج عبد الحليم


Ahad, November 04, 2012

SELAMAT TAHUN BARU




1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.


2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)





حج عبد الحليم

Selasa, September 18, 2012

MENGATASI MASAALAH HIDUP

PENCINTA NABI SAW

8 Cara terbaik mengatasi permasalahan hidup


1- Mengatasi permasalahan kesihatan adalah dengan puasa.

2- Menghasil wajah yang bervahaya adalah memperbanyakkan Qiamul Lail.

3- Melembutkan hati dengan membaca Al-Quran.

4- Menghasil kebahagiaan hidup dengan menjaga solat.

5- Keluar daripada permasalahan dengan memperbanyakkan Istighfar.

6- Menghilang kekecewaan dengan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT.

7- Menghapuskan kesusahan dengan memperbanyakkan bacaan
” La Haula Wala Quawata Illa Billah “.

8- Menghasilkan hidup yang berkat dengan memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.




حج عبد الحليم

Rabu, Ogos 29, 2012



Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

HUALLAHHUALAM




حج عبد الحليم

Ahad, Ogos 12, 2012

sunnah d aidil fitri





Lafaz Ucapan Hari Raya


Lafaz ucapan hari lebaran seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dalam meneladani sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan
‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

( Kitab Fath al-Bari)

Justeru, mulai daripada syawal 1433h pada tahun ini, adalah tidak salah kita mulakan lafaz hari lebaran dengan ucapan indah yang bertepatan dengan anjuran sunnah Rasulullah S.A.W.




حج عبد الحليم

Khamis, Julai 05, 2012




Ramadhan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW sering berdoa bermaksud, „Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya‟aban dan sampaikan kami Ramadhan.‟ Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan ‘Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

Bulan Ramadhan menyingkap beberapa peristiwa yang besar untuk kita sama-sama hayati dan teladani bersama di mana pada bulan yang mulia inilah diturunkan Al-Quran yang menjadi panduan kita pada hari ini. Selain itu, berlakunya perang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar yang menyaksikan kemenangan umat Islam walaupun bilangan tentera Islam ketika itu hanya 313 orang berbanding tentera musuh 1000 orang. Di Bulan Ramadhan juga, Kota Mekah dapat ditawan dan dibuka kembali. Kesucian Kota Mekah dapat dirampas kembali dengan pertolongan Allah S.W.T..




حج عبد الحليم