Dalam Rawatan Islam, Pengunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa dari Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah SWT adalah diharuskan. Salah satu doa atau Selawat yang sering digunakan sebagai bacaan dalam rawatan Penyakit adalah Selawat Syifa’.
1. Selawat ini namanya Selawat Syifa’ dan bukan Muhammad Syifa’ bermaksud yang menjadi ikhtiar atau alat untuk mendapat kesembuhan adalah selawat dan bukan batang tubuh Nabi Muhammad SAW.
2. Selawat ini terkenal keseluruh dunia Islam dan diamalkan dunia di Nusantara dengan tidak menimbulkan pemahaman apa-apa kerana tidak pernah terlintas dalam hati pengenal selawat ini untuk menyandarkan pengubatan penyakit dan menyandarkan kesembuhan kepada zat Nabi Muhammad SAW.
3. Selawat ini bukan baru tercipta iaitu telah lama berlegar. Ia terdapat dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Dalam Mukaddimah pertamanya ditulis oleh Dr. Mahmud Muhammad al-Tanahi Profesor Madya di Kuliah Syariah Universiti al-Malik ‘Abd al-‘Aziz Makkah al-Mukarramah ditulis dibaris pertama mukaddimahnya dengan Selawat Syifa’.
4. Jika diandaiakn Selawat Syifa’ itu mengundang kesyirikkan kepada Allah seperti yang didakwa, apakh wajar selawat itu boleh berada dalam kitab terkenal al-Tibb al-Nabawi yang diterbitkan di Makkah al-Mukarramah dan ia tidak ada sebarang masalah yang diragukan. Oleh itu yang mengusahakan penerbitannya seperti yang disebutkan tadi tidak pula mempertikaikan tentang Selawat Syifa’ tersebut lalu penerbitan itu diedarkan kepada bacaan awam. Jadi, dapat difahami bahawa jika selawat itu mengundang kesyirikan kepada Allah sudah pasti ia telah dipadamkan atau tidak diterbitkan untuk edaran orang ramai.
5. Yang mengatakan Selawaat Syifa’ itu bermasalah kerana perkataanTibb dalam selawat itu dii’rabkan sebagai Badal. Apa pun yang boleh dii’rabkan oleh pengkritik sepatutnya mengambil kira tajuknya iaituSelawat Syifa’. Adapun yang mengamalkan selawat ini berhujah “tibbi”(طبّ ) dalam kedudukan i’rab ialah mudhof ilaih ( مضاف إليه ) , bagi yangmudhof ( مضاف) yang dihazafkan atau dibuang. Pengkritik mengakui boleh ditakdirkan dengan takdir lughawi dengan mengandaikan ada perkataan yang sengaja dihazaf iaitu “shalaata” (صلاة) , berkedudukkan maf’ul mutlak pada waktu yang sama dia mudhof ( مضاف) . Maka selepas itu terdapat lafaz “tibb” menjadi mudhof ilaih majrur, akan tetapi mereka mempersoalkan pula kewajarannya.

Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.
Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.
Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”
‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.
Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.
Wallahhu ‘alam
Sabda Rasulullah SAW yang di riwayatkan dari Abi Hurairah RA:

Terjemahannya : “Sesiapa yang berselawat keatasku sebanyak satu kali, Allah SWT akan berselawat keatasnya sepuluh kali ganda.”
Sumber maklumat diambil dari : Rawatan Penyakit-penyakit Jasmani (1), Tuan Guru Dato Dr. Haron Din : pengasas & Penasihat DarulSyfia.
حج عبد الحليم