WAHABIWahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama
Haramain/
Mekah yang diasaskan oleh
Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja
Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi.
Dinasti al-Saud memerintah
Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.
Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai
Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
Mereka mendakwa menurut pemikiran
Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada tafsiran
Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di
Arab Saudi,
Kuwait,
Qatar,
Somalia,
Algeria,
Palestin dan
Mauritania.
. Pengasas
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung
Ainiyah,
Najd,
Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah
Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.
Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli
teologi agama
Islam yang mengetuai gerakan
salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding
salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu
mazhab.
Beliau memperkenalkan semula undang-undang
Syariah di
Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh
Ahmad ibn Hanbal dan
Ibn Taimiah].
Beliau belajar agama dari Syeikh
Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh
Abdul Wahab dan abangnya Syeikh
Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.
Semasa di
Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang
Islam bertentangan dengan syariat
Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam
Rasulullah.
Beliau pindah ke
Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke
Hassa dan berguru dengan
Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung
Ainiyah,
Najd. Mulanya Raja
Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke
Duri`yah dan mendapat bantuan Raja
Muhammad bin Saud di
Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di
Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di
Najd dengan syarif-syarif
Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang
Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam
Nabi.
Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam
Nabi, berdosa mengadap makam
Nabi. Syarif-syarif
Mekah terus diperangi.
2. Amalan kaum Wahabi menurut hadith
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :
Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan
Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan.
1. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
2. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.
3. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
4. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith , terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
5.Melarang membaca qasidah.
6.Melarang melagu-lagukan al Quran.
7.Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
8.Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Pandangan Siradjudin AbbasSiradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah
kiyai,
abuya ,
ulama besar di
Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :
1.Dalam mempelajari ilmu
Usuluddin (
Tauhid) harus menganut fahaman
Ibnu Taimiyah.
2.Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal
Mazhab (
Talfiq).
3.Mengambil sumber
Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa
Ijma Ulama dan
Qias.
4.Melarang keras umat Islam
berdoa dengan
Tawassul (Perantaraan).
5Melarang menziarahi
kubur, walaupun
maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke
Masjid Nabi di
Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
6.Menghancurkan tugu-
tugu peringatan /
monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang
musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di
Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
7.Melarang membaca-baca
Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti
Qasidah,
Berzanji,
Burdah,
Kenduri-Kendara,
Tahlil dan sebagainya.
8.Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati
Maulidur Rasul,
Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali
Hari Raya Aidilfitri dan
Hari Raya Aidil Adha.
9.Melarang belajar tentang "
Sifat dua puluh", "
Kifayatul Awam", "
Sanusi", "
Juaharatut Tauhid", "
Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
10.Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum
Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
11.Tidak boleh membaca kitab "
Dalailul Khairat", "
Burdah" dan lain-lain
wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
12.Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu
Fuqara,
Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
13.
Azan tidak boleh berlagu.
14.Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
15.
Imam tidak membaca "
Bismillah" dalam
Solat.
16.Amal-amal
Tariqat, umpamanya
Tariqat Naqsyabandi,
Tariqat Qadiri,
Tariqat Sazali,
17.Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
18.
Wirid, ber
doa secara beramai-ramai selepas
solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [5]
Rujukan
[Mohd Yusof Ahmad,'Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmul-Kalam Dalam Islam', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,1980, hlm 96.]
[Siradjudin Abbas ,'40 Masalah Ugama', Indonesia]