السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته
والصلاة والسلام علي رسول الله وعلى اله وصحبه ومن واله
AL-FAQIR HJ ABDUL HALIM B.HJ CHE MAT B.HJ WAN CHIK AL-MERBOKI B.HJ ABDUL RAHMAN.
رَبِّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ .
Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.
Jumaat, November 22, 2013
CINTAI NABI
CINTA ALLAH
1.Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya dengan baik.
2.Mendekatkan diri pada Allah dengan solat sunat setelah mengutamakan solat wajib.
3.Selalu berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan perbuatan.
4.Mengutamakan kehendak Allah daripada kehendak manusia dalam segala keadaan
5.Menanamkan dalam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah dan memahami maknanya.
6.Bersyukur dan redha kepada Allah dalam setiap perkara yang telah ditentukan oleh-Nya
7.Sentiasa tawaduk (rendah diri) kepada Allah dan makhluk
8.Berazam untuk selalu bangun malam untuk beribadah, bermunajat dan membaca kitab suci Al-Quran
9.Banyakkan bergaul dengan orang-orang soleh, para Ulama juga mengambil hikmah dan ilmu dari mereka
10.Jangan mendekati perkara-perkara yang menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah SWT
حج عبد الحليم
Isnin, Oktober 28, 2013
MUHARRAM
Antara isi kandungannya:
Maal Hijrah
Awal Muharram adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kelendar Hijrah.
Hijrah maknawi dikategorikan kepada 4 jenis Hijrah:
1.Hijrah Iktikadiah (Kepercayaan)
2.Hijrah Fikriah (Fikiran)
3.Hijrah Syuriyah (Perasaan)
4.Hijrah Sulukiyah (Tingkah Laku)
Peristiwa di Bulan Muharram (Bulan Haram)
1.Bulam pertama takwim Islam
2.Peperahangan Khaibar - peperangan bersejarah dalam diari bangsa Yahudi
3.Hari 'Asyura;
1.Sunat berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram
2.Penciptaan Nabi Adam a.s
3.Bahtera nabu Nuh a.s.tersadai di atas Bukit Al-Judi
4.Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. daripada api yang membakarnya
5.Allah melepaskan Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.. daripada Firaun dan Haman
6.Allah s.w.t. membelahi laut untuk Nabi Musa a.s. dan menenggelamkan Firaun
berserta bala tenteranya
7.Allah s.w.t. mengeluarkan Nabi Yunus a.s. daripadaperut ikan Nun
8.Allahmengeluarkan Nabu Yusof a.s. daripada telaga
9.Allah s.w.t. mengembalikan penglihatan Nabi Ya'qub a.s.
10.Allah menanugerahkan kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
11.Allah s.w.t. menembut penyakit yang dihadapai oleh Nabi Ayub a.s.
12.Allah s.w.t.mengangkat Nabi Idris a.s. dan Nabi Isa a.s. ke langit.
حج عبد الحليم
Jumaat, Oktober 11, 2013
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
• 1. Berkat pada umurnya
• 2. Bertambah hartanya
• 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
• 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
• 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
• 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
• 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
• 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
• 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
• 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Rabu, Ogos 28, 2013
“Tiadalah segala yang datang dari nabi itu nafsu melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya.”
Jadi kita perlu melakukan apa yang nabi suruh kita lakukan. Itu sebab nabi diutus dalam bentuk manusia. Bayangkan jika malaikat jadi nabi, kita pasti susah mahu ikut kerana malaikat tak makan, tak minum, tak kahwin.
Kehidupan Rasulullah berlandaskan wahyu Allah. Semua orang makan, tapi jika makan cara nabi jadi ibadat. Begitu juga kahwin, nabi ajar cara perkahwinan yang betul, begitu juga hiburan, nabi mengajar cara berhibur yang betul.
Kenapa mesti kita mencintai Rasulullah? Pertamanya, kerana nabi terlalu cinta kepada kita. Apa bukti nabi sangat cinta pada kita? Bacalah sejarah, sebelum nabi wafat, antara perkataan akhir nabi ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku) umat nabi itu kitalah.
Menurut satu riwayat lain, ketika nabi dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak antara perkataan pertama nabi tanya kepada malaikat Jibril ialah “Di mana umatku?”
Nabi juga pernah menyatakan dalam satu hadis yang bermaksud:
“Bahagialah siapa yang melihat ku dan beriman padaku” kemudian nabi sebut tiga kali: “Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihatku tapi beriman denganku.”
Orang yang tak lihat nabi tapi beriman pada nabi, antaranya kitalah, nabi puji kita tiga kali. Sebab kedua kenapa mesti mencintai nabi sebab cinta nabi tanda sempurnanya iman seseorang Muslim.
Maknanya kalau tak cinta nabi tak sempurnalah iman kita. Sabda nabi yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”
Saidina Umar pernah satu hari berkata pada nabi,
“Aku sayangi diriku, lepas tu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah. Nabi menjawab, cintailah aku lebih daripada cinta pada dirimu, barulah sempurna iman kamu.”
Ketiga, nabi sangat banyak jasa kepada kita, jasa nabi bukan sembarangan, bukan kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar.
Nabi sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita.
Itulah kenapa kita perlu sangat bersyukur merasai nikmat iman dan Islam kerana bapa saudara nabi sendiri, Abu Talib, walaupun nabi sudah melakukan dakwah tetapi masih tidak dapat terima Islam.
Jadi begitu mahalnya nilai Islam ini sebenarnya kepada kita semua. Kemudian, kita mesti cinta nabi sebab nabi makhluk Allah yang maksum, yang tidak ada salah apatah lagi cacat cela.
Rasulullah terpelihara daripada segala aib. Malahan baginda mendapat pula al-Quran sebagai mukjizat, sebagai panduan. Jelas sekali mencintai nabi bermakna kita mencintai seorang yang agung dan amat mulia.
Justeru cintailah nabi Muhammad kerana baginda membimbing kita kepada kebenaran, huraikan ayat al-Quran agar kita mudah memahaminya, nabi juga tak jemu-jemu memberi nasihat agar umatnya selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat.
Akhir sekali kenali nabi dengan mempelajari sirah nya, memahami hadisnya dan cintailah nabi dengan mencintai apa yang dicintainya.
Nabi Muhammad patut diikuti dan disayangi sebab pada nabi ada segala-galanya.
Baginda paling cantik dan dialah yang paling hebat. Cuma kita saja tak tahu kerana tidak baca secara mendalam perjalanan sirah nabi dan jika baca pun sambil lalu saja.
حج عبد الحليم
Selasa, Julai 02, 2013
SYIAR RAMADHAN
Inilah nikmat yang paling besar dalam kehidupan Muslim apabila tibanya Ramadhan. Maka buatlah yang terbaik untuk Allah SWT sehingga sampai ke peringkat Taqwa sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah Al-Baqarah ayat 183)
Ramadhan adalah bulan tarbiyyah, juga dikenali sebagai madrasah atau sekolah, yakni tempat kita belajar dan menjalani latihan. Ramadhan tempat kita membersihkan diri dalam satu bulan setelah menjalani hakikat sebelas bulan yang berlalu. Cuba kita tanya, apakah yang telah kita lakukan kepada sebelas bulan itu? Baikkah yang dibuat atau sebaliknya? Tidakkah kesempatan satu bulan ini digunakan sepenuhnya untuk membersihkan sebelas bulan yang telah berlalu?
Jangan sampai Ramadhan menjadi bulan adat. Sebelas yang berlaku dibiarkan sia-sia dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah. Bila tiba Ramadhan digunakan untuk bertaubat. Kesalahan yang paling besar dilakukan oleh manusia ialah mereka tahu apa yang dilakukan itu salah, tetapi terus mengulanginya. Dengan harapan, kesalahan itu boleh diampunkan dengan bertaubat atau membersihkannya apabila tiba bulan Ramadhan.
Mentaliti yang sama berlaku dalam memahami konsep haji. Pada pemahaman mereka, dengan mengerjakan haji, diharapkan dapat membersihkan segala dosa. Justeru, masa muda dihabiskan dengan berjoli sana sini. Ibadah haji hanya dikerjakan ketika usia tua. Kenapa? Dengan harapan segala kesalahan dan dosa yang dilakukan semasa muda akan diampunkan oleh Allah SWT setelah mengerjakan haji. Pada pandangannya, jika mengerjakan haji ketika muda, adalah satu kerugian, sebab tidak dapat buat maksiat selepas itu. Inilah salah faham konsep ibadah dalam Islam.
حج عبد الحليم
Khamis, April 18, 2013
Cara Mengalahkan syaitan
1.Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.
2.Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.
3.Berzikir dengan lisan dan hati.
” Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.
Wasiat Imam Ghazali
حج عبد الحليم
Selasa, Mac 19, 2013
6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:
1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.
2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.
3-Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.
4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.
5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.
6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.
Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.
حج عبد الحليم
Selasa, Februari 05, 2013
SALAM ATASMU WAHAI RASULULLAH !!!
SEMOGA SALAM DAN SHALAWAT SENANTIASA DILIMPAHKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA MAKHLUK TERAGUNG, SANG KEKASIH ALLAH, SAAYIDUL WUJID, SAYYIDINA, WA MAULANA, IMAMUL MUJAHIDIN ABUL QASIM , SAYYIDINA MUHAMMAD SAW BESERTA AHLUL BAYTNYA, PARA UMAHATUL MU’MININ, KELUARGANYA, KETURUNANNNYA, SAHABATNYA DAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM , KAPAN DAN DIMANAPUN……
SHALAWAT YANG ABADI UNTUK SELAMA-LAMANYA……
DI DUNIA… DI ALAM BARZAKH, …..SAMPAI AKHIRAT…….
ABADI UNTUK SELAMA-;LAMANYA……..
حج عبد الحليم
Khamis, November 29, 2012
6 Hikmah disebalik Ujian Allah SWT
1. memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan menguatkan hati kita
2. sadar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.
3. bebas dari rasa ‘ujub, kesulitan adalah bisa saja sebagai teguran karena kita merasa bisa dan merasa pintar
4. tidak lalai, sudah nyata kesulitan ada dihadapan kita
5. lebih banyak mengingat Allah SWT
6. lebih bersabar, karena mungkin saja kesulitan ini adalah latihan bersabar
حج عبد الحليم
Ahad, November 04, 2012
SELAMAT TAHUN BARU
1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.
2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)
Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.
Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)
حج عبد الحليم
Langgan:
Catatan (Atom)